Epilog Cinta Khirana, Samarinda TV3


Adaptasi novel Mencari Jalan Ke Syurga karya Hasliza Ismail. Lakonan Tasha Shilla, Nazim Othman, Fiza Halim, Aliff Aziz, Arash Mohamad, Raja Ema, Wan Shades, Raja Ilya, Siti Safra Aina, Ezzaty Abdullah, Hairi Safwan, Mak Jah, Sazrin Aizul Zailani, Mizie Suhaimi, Abdul Rahman Suud, Aishah Ilias, Sazlynn Zainudin, Aida Jebat, Fahmi Shamsuddin, Azman Jantan, Iz Hirzi. Jumlah 16 episod, terbitan Zeel Production.

Sinopsis. Satu kemalangan tragis telah meragut semua yang Khirana miliki, memorinya dan juga insan tercinta. Setelah dua tahun koma, dia bangkit semula lalu bertatih untuk memulakan hidup baharu dan berubah menjadi insan yang berbeza. Namun, kemunculan Shahrul Azwan telah memaksa Khirana berhadapan dengan dosa semalamnya. Kebencian dan dendam kesumat lelaki itu membuatkan Khirana berjuang untuk mengembalikan semula ingatannya. Bayangan hitam mula menghantui diri dan cuba untuk menyesatkan laluannya. Dugaan yang datang bertimpa-timpa hampir melemahkan imannya.

Teduhan Kasih, Akasia TV3


Selepas drama Sedetik Cinta yang bakal melabuh tirai minggu hadapan, sebuah lagi drama akan menghiasi slot Akasia berjudul Teduhan Kasih hasil garapan sutradara Jamal Khan dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi menerusi terbitan Primeworks Studios. Diadaptasi dari novel terlaris karya Marissa, drama rantaian 28 episod ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Sinopsis. Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Batu Belah Batu Terlungkup, Skrin Di 9

Kali ini Skrin Di 9 membawa cerita komedi bertajuk Batu Belah Batu Terlungkup. Mengisahkan Bell dan Joey yang tidak mahu percaya kata-kata Pak Hamid bahawa ada batu yang boleh menelan orang. Suatu hari, emak Khiriah dan Bell demam dan mengidamkan telur ikan tembakul. Pada masa yang sama, bidan Senah gembira diumumkan pemenang teka kacang dalam botol dan mendapat pakej percutian. Menjelang malam, Khiriah dan Bell telah membawa pulang telur tembakul untuk dihidangkan kepada ibu mereka. Namun kerana Bell terlalu lapar, dia telah memakan semua telur tembakul itu. Apa kesudahannya, nantikan Rabu ini jam 8.30 malam di TV9, Dekaaat di haaati... ;-)

Video promo