Mengapa Saiful Apek Hisap Ganja?

19 June 2010 | 13:37

Salam semua, 2 3 hari kecoh berita artis komedi popular ditahan reman pasal suspek ganja. Pada awalnya tidak banyak media tunjuk siapa artis tu mungkin nak tunggu sehingga tahanan reman kot tapi last² tahu jugak artis tu Saiful Apek sebelum tahan reman tamat.

Ada yang terkejut, kenapa artis sepopular dia yang tidak ada gosip² panas (selain gosip pernah lama tidak balik rumah) sebelum ini boleh mengisap ganja, dan ada juga yang buat biasa jer, kalau Saiful Apek aku tak heran, tengok dari perwatakan dia dah tahu. Lagi pun artis sekarang kebanyakan dah jadi 'artis gila', tak ramai artis yang baik hari ni yang betul ² boleh dijadikan contoh selain dari sekadar hiburan, betul tak? Dari cara berpakaian, berfesyen, apa lagi tingkah laku, memang tidak sesuai langsung jadi ikutan, lebih lagi idola. Memang tidak dinafi ada artis baik, tapi berapa ramai yang baik, sedikit. Dah lah sedikit, yang berpura-pura lagi, tambah lagi sedikit. Jadi berapa ramai? ;-)

Orait tak nak bebel panjang. Sedikit info menarik pasal ganja.


Info Menarik Mengenai Ganja
1. Dahulu, ganja diguna sebagai ubatan. Antaranya penahan sakit, merawat sawan, selesema, ulcers, insomnia.
2. Juga digunakan merawat tekanan darah tinggi, migrain dan masalah haid (dgn penggunaan terkawal)
3. Yang menariknya, ia juga boleh menambah selera makan. Tu mungkin kadang nampak kuat makan tapi badan kurus
4. Kesan 5 batang rokok ganja sama 112 batang rokok tembakau
5. Akan mengurangkan bilangan sperma atau menambah bilangan sperma yang cacat, ini menyebabkan janin juga akan cacat.
6. Kalau perempuan, haid tidak menentu, kurangkan ovum, kurangkan air susu
7. Bukan semua negara di dunia mengharamkan ganja, dan ada yang membenarkan di hisap hanya dalam rumah sahaja 

Mengapa Saiful Apek hisap ganja? Ni pendapat jer ek..
1. nak release tention kerja
2. pengaruh kawan
3. idea lawak lebih gila²
4. kesan sampingan ganja tidak terlalu teruk banding jenis dadah lain

Dari rupa badan yang terlalu kurus, muka cekung dan pakai spek hitam selalu, siang ka malam, kaze tidak hairan dia hisap ganja..

KUALA LUMPUR – Seorang pelakon lelaki dan pelawak terkenal, Saiful Apek ditahan setelah dia disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah ketika serbuan di sebuah rumah Pangsapuri Sunway Court di PJS 7, Bandar Sunway dekat sini malam kelmarin.
Artis tersebut yang juga pengacara ditahan pada pukul 10 malam bersama lima lagi rakan termasuk seorang wanita di kediaman milik pelakon tersebut.

Difahamkan, lima lagi individu berusia lingkungan 20-an yang ditahan merupakan pekerja kepada artis itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pelawak berusia 41 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Subang Jaya setelah menyerbu rumah tersebut.

“Kita mengambil masa satu jam membuat intipan sebelum menyerbu rumah itu.

“Ketika diserbu, artis tersebut bersama rakan-rakannya sedang berehat di dalam rumah,” kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan di dalam rumah itu membawa kepada penemuan sebanyak 40 gram ganja.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka termasuk Saiful Apek yang ditahan dalam rumah itu positif mengambil ganja,” kata beliau.

Zainal Rashid memberitahu, Saiful Apek atau nama sebenarnya Mohd. Saifulazam Mohammad Yusoff bersama lima rakannya kini ditahan reman selama empat hari sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengambil dadah.

Kertas siasatan juga dibuka mengikut Seksyen 39 (a)(1) dan Seksyen 6 akta yang sama iaitu memiliki dadah dan ganja.

Bakat Saiful Apek mula dicungkil selepas dia menyertai sebuah rancangan realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan kira-kira 10 tahun lalu sebelum dia menyertai sebuah kumpulan lawak, Senario.

Artis itu pernah membintangi beberapa filem termasuk Cicak Man, Duyung dan Nana Tanjung.

Sementara itu, seorang pengawal keselamatan di Pangsapuri Sunway Court berkata, sudah dua hari dia nampak kelibat polis berkeliaran di kediaman Blok C tempat artis itu tinggal.
Thanks guys :

+ komen + 9 komen

19 June 2010 15:15

apa yang anda katakan tentang ganja itu memang benar...semua idea tentang lawak-lawak bodoh nnt akan keluar... sebab pada masa tu.. manusia akan menjadi yang tidak terkawal

memakai cermin mata hitam sebab nnt mata merah...

macam mana aku tahu.. itu rahsia.. heheheheh...

19 June 2010 16:26

@A-Y-I-E
ko ckp mcmana ko tahu, terus aku tahu ko tahu mcmana hehe..

Anonymous
20 June 2010 11:08

aku rsa la..bkan sbb 2...sbb duit dya blambak...xtau nk bt pa...so isap la gnja...lgpown bkannyer mdrat cgat pown

Anonymous
22 June 2010 23:11

biasa ar tu bro...keja byk.....xkire waktu,penat..tension...so,apa lagi...layan ar ganja......
aku setuju kata ayie.....memg mcm tu punnn...
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiittttt

31 August 2010 15:17

ala ganja...anugerah ciptaan tuhan...jgn overdose dah ler... nanti uwekkk hahaha...

x de nma
21 December 2010 02:33

x de nma

ye lh tu

Anonymous
15 January 2011 23:26

ala...tumbuhan jer kot ..bukan bahan kimia ..

Anonymous
26 November 2012 23:31

ganja is the best ... i love ganja...

5 September 2013 13:08

Mj lah tu

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple