Johan Tilawah, Qari Mesir, Qariah Pakistan - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2010/1431H

Update 3/8/2010:
Qari:
Johan: Mesir, Kedua: Malaysia, Ketiga: Filipina

Qariah:
Johan: Pakistan, Kedua: Brunei, Ketiga: Filipina

Kalau tengok rekod, Pakistan 1st time johan tilawah qariah. Mesir termasuk ni dah 3 kali. Tapi kaze tak heran kalau mesir menang, sebab memang Mesir terkenal dengan pembaca-pembaca yang popular..

Suka tadi tengok ada persembahan khas dari peserta qari bernasyid, yang bestnya tu dengan bahasa negara masing-masing, berselang-seli. hehe agak lucu tadi, ada peserta tersilap ingatkan giliran dia kot, terus kedepan nak nyanyi pastu undur pelan-pelan balik hehe...


28/7/2010
Salam. Ingatkan tadi format bacaan macam tilawah kebangsaan tempoh hari, diberi susunan lagu-lagu bacaan yang perlu diikut. Rasa lagi best. Emm tapi memikirkan ada peserta yang mungkin tidak mahir lagi bertarannum tu mungkin tidak dibuat format yang sama kot.

Tahun lepas Qari, Iraq johan, tahun ni mungkin bukan Malaysia lagi kot. ;-) sebab tengok rekod 5 tahun belakang hanya sekali Malaysia johan, Indonesia 2kali. Mungkin jugak peserta asia barat johan, mana tahu yerk..
(2009) : En. Usamah Abdullah (Iraq)
(2008) : Tuan Haji Mu'min Mubarok (Indonesia)
(2007) : En. Aziz Mustakim (Malaysia)
(2006) : En. Hossein Saeid Rostami Tabrizy (Iran)
(2005) : En. Indra Gunawan (Indonesia)

Rekod Qariah 5 tahun terbaru, emm tengok berselang seli dengan Thailand.. mungkin kah giliran Thailand pulak tahun ni? :-) pun tak tahu gak ek..
(2005) : Puan Faizah Mohd Husain (Malaysia)
(2006) : Puan Sainab Abdulromee (Thailand)
(2007) : Puan Amnah Ayub (Malaysia)
(2008) : Puan Fatimoh Ha'Ra'Ti (Thailand)
(2009) : Cik Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd. Badiuzzaman (Malaysia)


Info Majlis

Tarikh : 27 Julai 2010 sehingga 3 Ogos 2010
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Tema: Memantap Ukhwah, Memperkasa Ummah
Rekabentuk Astaka: Direka oleh Puan Noraiyu Buang, berkonsepkan bentuk kapal (artikel lengkap rekabentuk).


Hadiah Pemenang
Johan: AS$10,000 beserta piala pusingan dan sijil
Kedua: AS$7,000
Ketiga: AS$3,000 (ni tak pasti, 3k ka 4k, tadi tak berapa dgr tadi)
Saguhati: AS$1,000


Sejarah Johan Qari dan Qariah

Qari
Malaysia: 27 kali
Iran: 9 kali
Indonesia: 6 kali
Thailand: 3 kali
Libya: 2 kali
Mesir: 2 kali
Brunei: 1 kali
Kuwait: 1 kali
Iraq: 1 kali

Qariah
Malaysia: 34 kali
Indonesia: 7 kali
Thailand: 5 kali
Filipina: 1 kali
Brunei: 1 kali

Lihat senarai nama johan setiap tahun.


Rekabentuk Astaka

Lihat senarai rekabentuk peserta lain.


Youtube Bacaan
akan menyusul..
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar