Botol Susu Polycarbonate (PC) Diharamkan

14 March 2011 | 21:05

Dengar berita di Buletin Utama tadi, Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai umumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012.


Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol.

Kaze dah check tadi ada 3 botol susu lama yg dah tak pakai berlabel PC huhu.. kesian Sarah, dulu tak tahu botol PC ni bahaya, main beli jer. Kerajaan pun satu, dah tahu dah PC tu bahaya haramkan la awal2. Ni nak tunggu ramai negara haramkan baru nak ikut.

Apa yg kaze tak boleh terima td, kenapa kementerian kesihatan nak tunggu setahun baru nak haramkan. Haramkan jer terus bermula hari ni, soal kesihatan mana boleh kompromi.


Kod-kod Plastik Yang Perlu Anda Tahu

1 | PET –> PolyEthylene Terephthalate
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas.
*) panas -> melelehkan polimer -> zat karsinogenik -> penggalak cancer
*) botol plastik jernih/transparan untuk botol jus, air mineral

2 | HDPE –> High Density PolyEthylene
*) hanya untuk sekali pakai
*) lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET -> karsinogenik
*) kuat, keras, tahan suhu tinggi, contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware

3 | V –> PolyVinyl Chloride
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas
*) mengandung DEHA -> terurai pada 150°C -> langsung bereaksi dengan makanan yang dikemas -> berbahaya bagi ginjal dan hati
*) digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)

4 | LDPE –> Low Density PolyEthylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) sukar berinteraksi dengan makanan
*) kuat, agak tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut

5 | PP –> PolyPropylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) botol transparent tp tidak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. banyak dipakai untuk botol susu bayi

6 | PS –> PolyStyrene
*) nama populer = styrofoam
*) hanya sekali pakai. tidak tahan panas.
*) mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf

7 | OTHER –> styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
*) SAN : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan pada mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungkus termos, berus gigi.
*) ABS : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan untuk paip.
*) PC -> dipanaskan -> pelepasan Bisphenol-A -> merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.


lambang



Info MOH: Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat

a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:


1. Nombor 7 -
2. Nombor 7 dan PC -
3. Nombor 7 dan ‘other’ -


Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.


b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.


2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.


3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.


4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.


Google: botol susu bayi polycarbonate, botol susu polikarbonat bahaya
Thanks guys :

+ komen + 22 komen

Anonymous
14 March 2011 21:17

lembab deme tu...

14 March 2011 22:14

nak kongsi info ni yer..
cepat2 tukar kepada free bpa tau.. xpe habis duit sikit untuk keselamatan anak..

Anonymous
15 March 2011 09:12

TQ. Info yang menarik.

Anonymous
15 March 2011 11:10

thank's a lot kongsi info ni... kesian anak2 kite...

Anonymous
15 March 2011 12:07

baru sekarang nak haramkan...hal kesihatan mane boleh tunggu lama kesian kat anak aku tengok kat botol susu dia ade no.7 dan PC brand anakku ...terus aku buang semuanya nampaknya minum dalam cawan guna straw le buat masa terdekat nie

15 March 2011 16:39

Salam..sy copy right info Botol Susu Polycarbonate (PC) Diharamkan..harap diizinkn

15 March 2011 16:53

As salam..
Harap pd yg dah tau tu, tak payah la guna lagi botol tu walaupun belum diharamkan sepenuhnya..

15 March 2011 19:13

@cikgu isza @eCah @iza
salam, eh sila2, semua info dlm blog ni mmg utk dikongsi2kan..

Anonymous
15 March 2011 20:17

trima kaseh utk info ni.berguna sesangat!!
izin share ye

Anonymous
16 March 2011 15:32

assalam...mintak izin utk share..

17 March 2011 03:45

setuju..hal2 kesihatan pn nk tunggu lma2...x fikir ka keselamatn anak2...diorang niBAKAL PEMIMPIN NEGARA MASA HADAPAN!!!..tak kn 2 pn nk ambil ringan..

Anonymous
17 March 2011 18:19

kalau dia langsung xda tulis label? contohnya botol susu TUPPERWARE. pening2

insan prihatin
17 March 2011 20:12

salam
minta izin share yerrr..untuk kebaikan bersama.

Anonymous
18 March 2011 13:02

saya amat berterima kasih kepada info yang dikongsikan ini sangat2. Walaupun saya pernah juga dengar botol susu polycarbonate ni merbahaya tapi saya tetap menggunakan juga bukan x prihatin tapi kat pasaran kurang menjual botol susu yang selamat dan berkualiti untuk dibeli.Walaupun jenama botol yang dijual agak berjenama untuk bayi tapi harapkan BRAND juga x dpt harap. X mendatangkan faedah & kebaikan kpd pengguna.

Anonymous
18 March 2011 13:04

by the way boleh saya guna info saudara untuk dikongsi bersama rakan serjuangan kami kaum ibu di FB.

Anonymous
18 March 2011 13:06

kalo kt botol susu tu ada simbol no 7 tp ada tulis bpa free,mcm mn?selamt x guna?pening2

18 March 2011 16:16

rasanya klu tulis bpa free, pastikan fizikal botol tu pulak lutsinar ke tak. klu tak, ok kot.. mmg betul bpa free. Tp bg kaze klu ada duit lebih sikit elok beli baru yg jenis lain..

19 March 2011 16:17

thanks for da info.. mntak copy entry ni eak...

and nk tnyer..
sayer baru bli btol susu tlis: BPA FREE and takde nombor aper-aper pon kt bawah tu... slamat ker? brand disney baby... cam was-was plak

Anonymous
19 March 2011 20:26

owh tq so much
this info is so GOOD
for us
TQ so much

mifzal
27 March 2011 22:50

ade botol susu yg tak ada apa2 kod langsung, mcm mane dgn botol ini?blh jlas kan,merbahaya ke tidak?

Anonymous
28 March 2011 23:08

sedih bile check botol anak branded mothercare punye pon ade label pc n no 7...hmmm...kene tukar la jugak...

Anonymous
27 March 2012 17:23

patut la smakin ramai yg kena penyakit kronik. sedangkan pemakain bahan2 bahaya terdapat di dalam senarai harian terutamanay pd bahan2 yg berkaitan dengan makanan. salah 1 ny dlm kajian terkini 10drp baby yg baru dilahirkan cuma 1sahaja di dapat normal, tetapi yg lg 9 didapati menghidapi darah beracun. dn lg 1fakta memng ada kebenaranya ia itu zaman sekarang ramai yg dilahirkan mennjadi split personality ia itu terhadap jantina. maaf kalu bekata kasar maksudnya ramai yg jd 'sotong'.hukhukhuk

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple