Doa selepas baca surah Yasin (Arab dan Melayu)

Salam pagi Jumaat yg ceriaaa utk semua. Byk kongsi drama hiburan jer kan, orait kali ni kaze nk kongsi2 kan file audio Doa selepas membaca surah Yasin. Surah Yasin mgkin ramai yang boleh dptkan, kan, doanya tu mgkn ramai tak da simpan. Na, jgn simpan jer, amal2 kan jgk (termasuk kaze sendiri) ;-)

Doa selepas baca Surah Yasin (Arabic) - Download
video

Doa selepas baca Surah Yasin (Melayu) - Download
video


Selepas selesai membaca Surah Yasin, bacalah surah-surah berikut:

Surah Al-Insyirah (1x)

Surah Al-Qadr (1x)

Surah Al-Fiil (1x)

Surah Al-Ikhlas (1x)

Surah Al-Falaq (x1)

Surah An-Naas (1x)

Kemudian, baca doa (doa file kat atas tu):

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan Nya. Wahai Tuhan kami, bagi Mu-lah segala pujian sebagaimana selayaknya bagi keagungan zat Mu dan kebesaran kekuasaan Mu. Ya Allah, cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w. dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.

Ya Allah, dengan berkat surah Yaasin dan al-Quran yang penuh hikmah, dan dengan berkat orang yang Engkau pilih membawa risalah kenabian, kewalian dan membawa Hidayah ke jalan Mu yang lurus dan dengan berkat segala yang dibawa oleh Jibril daripada Mu, kitab yang diturunkan oleh Tuhan yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang dan dengan berkat khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna, dan dengan apa yang Engkau zahirkan dalam kewujudan ini bagi segala yang ada yang berupa keterangan-keterangan yang nyata.

Dengan kehalusan kelembutan Mu yang meleraikan setiap yang gundah gulana, yang membebaskan setiap yang terpenjara. Wahai Tuhan yang mengalirkan lautan dan mata air, wahai Tuhan yang khazanah Nya di antara huruf kaf dan nun (kun) dan yang mengetahui apa yang telah ada sebelum terjadi.

Kami pohonkan kepada Mu Ya Allah agar Engkau lorongkan kepada kami habuan daripada restu Mu. Jadikanlah kami orang yang layak dan tempat untuk menerima kebahagiaan dan kekayaan yang Engkau kurniakan.

Engkau mudahkanlah bagi kami untuk memperolehi segala hajat dan permintaan. Jadikanlah setiap orang daripada kami di kalangan hamba-hamba Mu pada setiap keadaan sebagai orang yang menang dan berjaya.

Janganlah Engkau jadikan kami berhajat kepada seorang pun dari kalangan makhluk Mu dalam urusan rezeki kami. Ikatkanlah lidah orang-orang yang berbicara tentang keburukan kami.

Iringkanlah segala gerak laku kami dengan taufiq Mu. Jadikanlah keredhaan Mu kepada kami sebaik-baik teman dan pendamping. Anugerahkanlah kami dengan sifat kemuliaan dan kehebatan dan kurniakan kepada kami dengan perkenan yang segera.

Ya Allah, sahutilah doa kami, jadikanlah harapan kami menjadi kenyataan dan masukkan kami ke dalam benteng anugerah Mu yang kukuh, dengan rahsia firman Mu: Sesungguhnya urusan Nya apabila Dia menghendaki sesuatu, hanyalah dengan Dia berfirman kepadanya ‘Jadilah’, lalu terjadilah.

Maha suci Tuhan yang ditanganNya kekuasaan segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terbelenggu hutang.

Maha suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha suci Tuhan yang urusanNya diantara huruf kaf dan nun. Maha suci Tuhan yang apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan ‘Jadi’ lalu terjadilah.

Wahai Tuhan yang melepaskan dukacita, lepaskanlah, hai yang melepaskan dukacita, lepaskanlah, hai yang melepaskan dukacita, lepaskanlah daripada kami kesusahan, dukacita dan masaalah kami.

Wahai Tuhan Yang maha Hidup dan berdiri dengan sendiri. Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w. para ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian. Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar