Utusan Ilahi, Cerekarama TV3, Sinopsis, Download link

22 May 2011 | 11:53


Info
Malam ini 21 Mei 10.00mlm TV3, arahan Haris Kadir terbitan A. Aida Production


Download link
Utusan.illahi.Part.1.avi.html
Utusan.illahi.Part.2.avi.html


Lagu-lagu Tema
Opick - Cahaya Hati (lagu masa promo iklan)


Wali Band - Aku Cinta Allah
In Team - Rabiatul Adawiyah


Sinopsis
Drama ini berkisar mengenai Iskandar yang dibesarkan dengan penuh kemewahan dan jauh tersasar dari landasan sebuah keluarga Islam. Ayahnya, Datuk Malek merupakan ahli perniagaan yang kaya raya. Iskandar dibesarkan bersama-sama ibu tirinya, Datin Haleeza dan adik tirinya, Daniel. Datin Haleeza sangat dengki kepada Iskandar dan sering menghasut Daniel agar membenci Iskandar. Iskandar pula hidup dalam dunianya sendiri. Dia berlagak baik di hadapan ayahnya tetapi tanpa pengetahuan ayahnya, Iskandar bersikap liar dan gemar berfoya-foya serta tanpa rasa bersalah meniduri pasangannya dan meninggalkan mereka begitu sahaja.

Dalam keadaan marah, Iskandar yang sedang bersama Kamelia memandu kereta dengan laju lalu hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangan hinggakan meragut nyawa Kamelia manakala Iskandar koma. Ketika Iskandar tidak sedarkan diri, Iskandar seolah-olah merasa dirinya berdiri di antara dua garisan menuju alam kebaikan dan kejahatan. Pelbagai kejadian aneh dan mengerikan menimpa diri Iskandar membuatkan dia insaf. Sebaik sahaja Iskandar sedar dari koma, dia menunda pembedahannya dan mahu mengembara mencari semua wanita yang pernah dinodainya untuk memohon maaf.

Suatu hari, Iskandar berhenti di sebuah masjid di sebuah kampung dan di situ dia didatangi oleh Haji Fadzil dan cucunya, Sakinah. Siapakah mereka sebenarnya? Apa pula yang bakal berlaku kepada Iskandar?


Pelakon
Nazim Othman, Fadhil Dani, Syukri Yahya, Che Kam, Aida Aris, Mak Jah, Abu Bakar Juah, Erin, Yasmin Hani dan Linda Hashim
Thanks guys :

+ komen + 18 komen

22 May 2011 00:04

ape tajuk lagu tema utusan ilahi?:)

22 May 2011 00:07

a'a td mcm igt lirik lagu tu, lupa dah, rasyantieazreen igt tak? leh tahu tajuk dia..

22 May 2011 00:27

na tajuk lagu cite nie....

Anonymous
22 May 2011 00:32

mc su..aqu xsempat nk tgk abes lar cter nyhh..cz,,baby sedar,,tpksa kena p ulk,,6t ssh plak nk tdor..so poorrrrrr...

Anonymous
22 May 2011 00:33

xsalah wali band-aku cinta allah

sue
22 May 2011 00:33

sue..cter nyh best larhh,,tp aqu xsmpt tgk abes..

sue
22 May 2011 00:34

bto! ka wal! band..

Anonymous
22 May 2011 00:36

aah..xsalah laa

22 May 2011 13:13

a'a lagu wali band, aku cinta Allah

Anonymous
22 May 2011 21:23

apa pulak lagu yg masa main promo kt tv tuh...lagu nasyid..mmg nk tau sgt2 lagu tu..

22 May 2011 22:37

lagu inteam rabiatul adawiyah.. udpate dh

Anonymous
24 May 2011 00:34

bkn lgu inteam rabiatul adawiyah..
lagu yg promo iklan utusan illahi..
tlong cari klu ble..
da puas cari lagu tu tp xjumpe2...

24 May 2011 09:10

ce bg sikit liriknya..

Arol
24 May 2011 11:32

try ko bukak tgk kat youtube..
"promo iklan utusan illahi"
ade lgu nasyid kt iklan tu..

24 May 2011 14:37

@Arol
orait jumpa dah, Opick nyanyi lagu Cahaya Hati, lagu2 dlm album dia ni best2, byk lagu ketuhanan..
link update kat atas..

Arol
24 May 2011 15:27

tqvm la bro...
ko mmg de best..

24 May 2011 16:44

@Arol
hehe sama2, mana yg boleh.. kaze update jer, yg xdpt xtahu, pun ada gak..

8 June 2011 11:59

tapi cite ni banyak dah part yang kene potong. rugi gak sebab nak kasik cukup mase TV3 nak

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple