Muzik Muzik 28 (2013)


Muzik Muzik tampil dengan set dan wajah baru dengan gandingan AG Hot FM dan Scha Al Yahya sebagai pengacara. Gandingan penyampai radio dan pelakon popular itu tampil menggantikan pengacara Muzik Muzik sebelum ini, Adzriefaiz dan Chad Hot FM.

Kehadiran AG dan Scha dipertemukan untuk kali pertama dijangka memberi kelainan kepada Muzik Muzik edisi ke-28 (MM28). Program TV3 itu kembali menemui penonton setiap Sabtu, mulai esok, jam 5 petang dengan membawa konsep ‘infotainment’. MM28 juga akan membawa perkembangan semasa muzik dalam dan luar negara setiap minggu serta rutin harian penggiat seni pada setiap bulan.

Penerbit program, Azman Ghafar, berkata beberapa segmen baru turut diperkenal untuk memberi paparan lebih mantap.

“Tiga segmen baru terbabit adalah Buzz Buzz, Hot dan Gosip Fifi yang akan bercerita mengenai gosip paling hangat artis dan industri hiburan. “Selain cerita artis, bidang tugas pengurus artis, pereka fesyen, juru solek, penulis lagu, penulis lirik dan pemuzik juga akan dipaparkan setiap bulan.

“Apapun, Muzik Muzik masih mengekalkan carta lagu 20 terbaik dan pencalonan lagu-lagu baru setiap minggu. “13 lagu tahun lalu turut dibawa masuk semula ke dalam Muzik Muzik 28 untuk bertanding semula,” katanya dalam sidang media di Sri Pentas, Bandar Utama, semalam.

Download
Episod 18 - 01 Mei
Episod 17 - 25 Mei
Episod 16 - 18 Mei
Episod 15 - 11 Mei
Episod 14 - 04 Mei
Episod 13 - 28 Apr
Episod 12 - 20 Apr
Episod 11 - 13 Apr
Episod 09 - 30 Mac
Episod 08 - 24 Mac
Episod 07 - 16 Mac
Episod 06 - 09 Mac
Episod 05 - 02 Mac
Episod 04 - 23 Feb
Episod 03 - 16 Feb
Episod 02 - 09 Feb
Episod 01 - 02 Feb

Tags: youtube, online, download, lagu tema, sinopsis, pelakon

Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar