Sebenarnya Saya Isteri Dia, Zehra TV3 (Tamat)

05 July 2013 | 22:32


Drama bersiri 13 episod Sebenarnya Saya Isteri Dia terbitan Primeworks Studios ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alaudin. Lakonan, Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash / Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Zuhairi Ibrahim (Datuk Fakhrul), Wilma (Datin Farizah), Marisa Yasmin (Aida) dan ramai lagi.

Sinopsis. Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin.

Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya. Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan harijadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Datin Farizah (Wilma) telah menasihati anaknya Firash untuk berkahwin dengan Syaf yang juga merupakan anak angkatnya. Farish amat kecewa dengan sikap Firash yang dituduh terlanjur dengan kekasihnya sehingga berlaku pergaduhan besar antara adik beradik. Firash pula menentang habis-habisan kerana tidak sanggup berkahwin pada usia 21 tahun tambahan pula Syaf lebih tua 4 tahun daripadanya.

Syaf bersetuju dengan cadangan ibu angkatnya demi menjaga maruah Datin Farizah dan tidak mahu hubungan dua adik beradik terjejas disebabkan oleh dia. Farish amat kecewa dengan keputusan Syaf yang bersetuju untuk berkahwin dengan Firash walaupun tidak ada rasa cinta. Syaf mengganggap dirinya sudah tidak suci dan tidak layak untuk Farish.

Perkahwinan antara Firash dan Syaf diteruskan juga tetapi dilakukan secara rahsia. Tiada ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang dikhabarkan dan dijemput termasuk ayah kandung Farish dan Firash, Datuk Fakhrul. Farish telah membawa diri kerana tidak sanggup kehilangan Syaf. Pada hari berlangsungnya akad nikah, Farish telah terlibat dengan kemalangan maut. Lebih memilukan hati Syaf apabila Firash telah melarang Syaf untuk datang ke majlis pengembumian Farish kerana tidak mahu status mereka diketahui ramai.

Kehidupan sebagai seorang isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Firash dan Syaf tinggal berasingan di rumah bujang masing-masing. Firash yang lebih dikenali sebagai Chad di kalangan rakan-rakannya meneruskan kehidupannya sebagai seorang pelajar universiti dalam jurusan kejuruteraan. Datin Farizah terpaksa ikut kehendak anaknya yang kurang matang itu dan berusaha untuk menyatukan Firash dan Syaf di bawah satu bumbung satu hari nanti.

Syaf kembali bekerja sebagai jurutera. Jarang sekali Firash dan Syaf berjumpa. Kalau bertemu, Firash sering melemparkan kata-kata sinis untuk menyakitkan hati Syaf manakala Syaf hanya menelan dan memendamkan dalam hatinya.

Suatu hari, Datin Farizah telah merancang kenduri arwah buat Farish yang akan diadakan di kampung mereka di Terengganu. Syaf dipelawa ikut bersama. Syaf hanya dikenali sebagai anak angkat kepada Datin Farizah sahaja untuk mengelakkan sebarang kemusyikilan.

Di sana, Syaf bertemu dengan rakan universitinya, Haqimy yang juga merupakan abang sepupu kepada Firash. Pertemuan itu membawa kembali nostalgia mereka semasa belajar. Melihat kepada kemesraan Syaf dan Haqimy, Firash berasa cemburu.

Syaf telah ditugaskan ke Kerteh, Terengganu. Firash memberi persetujuan kerana dia juga bakal menjalani latihan pratikal di tempat Syaf bekerja. Syaf terkejut apabila berjumpa dengan Haqimy yang juga bekerja di situ. Bermulalah pelbagai insiden yang melucukan kerana Haqimy yang tidak mengetahui status sebenar Syaf dan Firash telah mula mengambil berat dan menyayangi Syaf.

Dalam marah dan cemburu kepada Haqimy, Firash mula mengambil hati Syaf. Apabila Syaf mula terharu dengan usaha Firash, dia menerima sepucuk surat misteri yang berbau ugutan beserta VCD yang menunjukkan kemesraan Rania dan Firash. Raina tidak pernah berputus asa untuk menggoda Firash walaupun mereka ialah adik-beradik tiri kerana Firash bakal menjadi waris tunggal harta Datuk Fakhrul.

Firash cuba memberi penjelasan tetapi keadaan bertambah rumit sehingga Syaf meletak jawatan dan menghilangkan diri. Sejak itu, baru Firash sedar akan ego dan sikap kurang matangnya telah mensia-siakan cinta Syaf kepadanya. Bagaimanakah Firash membuktikan kesungguhannya untuk menyayangi dan menjaga Syaf sebagai isterinya?

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13 - 05 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online | Promo
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12 - 28 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online | Promo
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11 - 21 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online | Promo
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10 - 14 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 9 - 07 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 8 - 31 Mei | HotF | ZipS | Tonton Online | Promo
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7 - 24 Mei | HotF | ZipS | Tonton Online
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 6 - 17 Mei | HotF | ZipS
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 5 - 10 Mei | HotF | ZipS
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4 - 19 Apr | HotF | ZipS
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 3 - 12 Apr | HotF | ZipS
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 2 - 05 Apr | HotF | ZipS
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 1 - 29 Mac | HotF | ZipS

Tags: youtube Sebenarnya Saya Isteri Dia, online Sebenarnya Saya Isteri Dia, download Sebenarnya Saya Isteri Dia, lagu tema Sebenarnya Saya Isteri Dia

Thanks guys :

+ komen + 70 komen

raingers
29 March 2013 00:46

xsabar nak tgk..mesti best :)
novel dy da hbes bce..

Anonymous
29 March 2013 14:12

X sabar nye nak tengok ! ! Hope x lari jauh dgn novel . . . Pelakon dah sesuai dah . . .

Intan Shahira
29 March 2013 14:16

X sbr nye nk tgk sebenarnya saya isteri dia mlm ni . . . Pelakon dh best dh . . . Minx2 la same dgn nvel . . . Jgn tersasar jauh sudahla . . .

29 March 2013 16:00

Kaze... Pls update dari awsl sampai abis taw

jiejablink
29 March 2013 16:32

Kaze, malam ni record ye citer ni :-) nk blk kpg mlm ni, sure x smpt tgk.

29 March 2013 16:45

Baik ibu2 sekelian hehe.. Tlg promote share kt fb ek..

azrin jaja
29 March 2013 23:51

destinasi cinta sara takde ke kaze?huhuuu..

31 March 2013 02:29

pelakon semua dah cun . Hihii :>

31 March 2013 12:25

ehem mama pun menonton cerita ni.. ;)

2 April 2013 03:50

kaze upload la di zippyshare, hotfile slalu lmbat loading.

5 April 2013 23:51

cpt2 upload episod 2 tau..x sabar nk tgk ^_^

11 April 2013 15:54

Melihat iklan di TV3 masuk syok jer~~ komedi ke kaze? hehe

11 April 2013 16:34

Xla komedi sgt.. Tp best try tgk la..

12 April 2013 22:26

admin,upload episod 3 secepat mungkin tau..thankssss ^_^

12 April 2013 22:34

yup udah.. hehe

13 April 2013 00:01

tngah download lah ni kaze~ suke sangat ceta yang mcm ni... hehe

13 April 2013 08:37

Ep 2 & 3, tak boleh pun...

EP dan 3 xblh pn???

14 April 2013 09:45

haahla admin..blh x up zippy link??hotfile lmbt loading huhuhu :'(

16 April 2013 22:09

kaze nnt ni pn letak link zips ya

26 April 2013 21:23

mmg menyampah tol la... nape la Mandat 2013 ni siaran mlm ni, xde hari lain ke? dh la drama ni semggu sekali... haish!!!

26 April 2013 21:48

boikot tv3. ..semua nak tundaaaaaa bengangggggggg

30 April 2013 09:23

Assalamualaikum Kaze

Minggu ini cerita ini di tunda lagi tak sebab musim mengundi minggu ini. :(

30 April 2013 22:09

wsm root, hehe yup tepat skali... tunda..

11 May 2013 00:05

mana episod 5 ni? tak sabar.. kat tonton ada dah..

11 May 2013 01:30

kenapa susah nak download

11 May 2013 01:49

Kaze, salah episod la.. episod 5.... bila bukak episod 4.

11 May 2013 01:59

admin troll.. wkakaka... episod 4 yg kt link episod 5.. kesilapan teknikal kowt... mohon rakan2 jimat quota

11 May 2013 04:14

eksaited nk bkk epi 5 skali epi 4 la bro -.-'

...2 mggu tggu tau

11 May 2013 09:22

haha.. aduh sorry byk guys.. smlm xcek langsung dh tongah mlm. dlm proses reupdate jap..

11 May 2013 09:32

orait guys link updated, hotf hq ondway

24 May 2013 22:00

Xsabar nk download ep 7....

25 May 2013 00:04

E07 update

25 May 2013 00:14

terima kasih kaze for epi 7..:)

25 May 2013 08:43

sesama guys.. update Tonton online

25 May 2013 16:09

abg nak tnya mcm mna nk download movie dri hot file?

26 May 2013 11:39

Kaze, bape xleh donlod? Sampai kat 90% mesti unsuccesful :( dh berpuluh kali try

26 May 2013 14:23

bpuluh kali? kesian ok dh letak zips, beli premium miss..

26 May 2013 17:26

Ahaaaa..... puluh kali, :( dr semlm... citer2 lain, ok jew... hat nie je... tqvm kaze

12 June 2013 14:24

Kaze, kenapa ep: 9 x blh dwnld ? dia tulis "This file is either removed due to copyright claim or is deleted by the uploader" huhuhu.... pls

12 June 2013 16:56

kaze,boleh upload Promo Sebenarnya Saya Isteri Dia Episode 10 tak??

12 June 2013 20:46

ep9 hosting dh delete, tu mesti ada org bt komplen, tak bleh upload file sama dia autodelete, so kaze try letak dlm file *.rar

17 June 2013 08:10

salam kaze,
ep 10 link dah tak exist
boleh fixkan tak?

17 June 2013 16:45

orait, balik kang repair

17 June 2013 18:42

zips ep10 reupdate

22 June 2013 09:59

Assalam kaze..ada sumber misiku kuza? Kalau ada bole tak upload episode nya kat blog sini? ..terima kasih..

22 June 2013 10:21

salam Laila, ulang utk semua kaze tak share astro.. jgn tanya lagi ek..

28 June 2013 22:32

Kaze kau
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12 - 21 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online | Promo . kau salah letak hari bulan tak ? mana file dia aku nak muat turun

28 June 2013 22:39

28jun update. link belum, tu utk saje parking lot dulu.. mcm ko tak tahu lak cara kaze hehe..

29 June 2013 00:48

meme terbaek der!~
thanks sbb upload ssid kt page ni, slalu termiss tgok.

Harapannya agar admin blog nie dpt tingkatkan security supaya x kena banned mcm website sharing yg lain2...sbbnya bnyk dah kaki download trmasuk aq sndiri rasa sedih..huhu...skrg nie,utube plak dirobek2...huhu...

30 June 2013 22:05

kaze.. ada promo utk last episode tak? hehe

30 June 2013 22:19

ada umma baru dpt tangkap tadi hehe..

2 July 2013 13:10

terima kasih kaze... tak sabar lah nak tgk jumaat ni... hehe

5 July 2013 22:37

tq kaze.. tak sempat nak tgk tadi...

5 July 2013 23:18

sesama guys..

12 July 2013 04:30

salam..kaze ep3 xdpt download...tlg update.. :)

14 July 2013 10:56

salam..ep 5 & 6 x dpt download...please update...:-)

14 July 2013 11:06

salam, xbleh hotf, try zips..

14 July 2013 12:38

salam bg kaze. knapa ye dl eps 11 tpi kluar eps 10?

14 July 2013 17:30

ni mesti tak tgk betul ni, cer play episod 10 dan 11 tu sama tak? lain kan. video edtior tu salah letak text episod

14 July 2013 20:41

salam..kaze tlg update ep 3... :)

24 July 2013 20:27

Salam Kaze,boleh tolong update balik episode 7
dah broken la
tq

19 August 2013 11:30

Thanks kaze! :)

22 December 2013 13:16

Salam, boleh x tolong updatekan balik episod 1 & 2 kat zippy?
Hotfile dh xde..
TQ^^

13 March 2014 23:50

Episode 1,2,7 bole tlg upload balik kat zippy? xbole download la.. Tq

22 March 2014 15:47

knp ep 3 & 7 x leh download ?
tolong uploadkn balik .
terima kasih

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple