Sedetik Cinta, Akasia TV3 (Tamat)

14 May 2013 | 21:13


Sinopsis. Seminggu sebelum perkahwinan Hakimi dengan Elisya, suasana menjadi gempar apabila Elisya mengambil keputusan nekad untuk melarikan diri setelah mendapat tawaran memperagakan fesyen ciptaan anak Malaysia di luar negara yang kebetulan jatuh pada hari perkahwinannya. Memandangkan tawaran itu hanya datang sekali dalam seumur hidupnya, Elisya membuat keputusan sendiri tanpa memikirkan akibat yang terpaksa ditanggung oleh kedua-dua pihak keluarga.

Emylia telah dipujuk oleh ibu bapanya, Taufik dan Ramlah supaya menggantikan tempat kakaknya kerana segala persediaan telah diatur. Emylia terpaksa akur kerana mahu menjaga maruah keluarga. Pada mulanya, Hakimi enggan menerima ‘pertukaran’ tersebut kerana menganggap maruahnya sudah tercalar. Selepas Taufiq menawarkan 50% daripada hartanya kepada Hakimi sekiranya Hakimi bersedia menyelamatkan maruah keluarga mereka dengan syarat tidak boleh sama sekali menceraikan Emylia. Akhirnya, Hakimi bersetuju tetapi hatinya menyimpan dendam.

Perkahwinan tersebut telah mencetuskan pelbagai konflik. Ibu Emylia, Ramlah diburu rasa bersalah kerana terpaksa mengorbankan perasaan Emylia. Sejak kecil Emylia seorang anak yang naif kerana sering berdepan dengan penyakit asma. Justeru, Ramlah terpaksa memberi perhatian lebih kepada Emylia sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang kepada Elisya yang berlarutan sehingga meningkat dewasa.

Elisya seorang yang keras kepala, bertindak tanpa memikirkan perasaan orang lain. Elisya sanggup menangguhkan pengajiannya di IPTA demi mengejar glamor sebagai seorang model. Ramlah terkilan dan berharap agar Elisya juga bersikap seperti Emylia yang tidak pernah membantah cakap orang tua. Sejak itu Elisya makin mencemburui Emylia dan sering mempergunakan Emylia jika berlaku masalah ataupun untuk mencapai tujuannya.

Emylia selalu diam diri dan dibebani dengan setiap kesalahan yang dilakukan oleh Elisya. Kini, dia terpaksa menanggung satu lagi beban yang amat besar dalam kehidupannya. Perkahwinannya dengan Hakimi menyebabkan hubungan cintanya dengan Fuad terputus. Fuad sedia menunggunya dan sanggup menerima Emylia sekiranya Hakimi menceraikan Emylia.

Hakimi dan Emylia tidak mempunyai perasaan cinta walaupun sudah menjadi suami isteri yang sah. Fuad cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Emylia tetapi Emylia akur dengan takdir. Hakimi yang sakit hati kerana dipermainkan oleh Elisya menyebabkan Hakimi mengambil peluang untuk membalas dendam terhadap Emylia dan keluarganya. Walaupun begitu, Emylia tetap melayan Hakimi sebaik mungkin dan tidak pernah membantah ataupun meninggikan suara terhadap perbuatan Hakimi.

Sikap Hakimi terhadap Emylia amat tidak disenangi oleh ibu Hakimi, Mastura. Mastura cuba menyedarkan Hakimi tentang tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bagaimanapun Hakimi tetap tidak berubah sehinggalah suatu hari Hakimi terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan kakinya patah. Ketabahan Emylia menjaga Hakimi sepanjang Hakimi sakit mula mengubah sikap Hakimi selama ini. Sedikit demi sedikit dia mula kagum dan menyintai Emylia. Apabila Hakimi dan Emylia mula menjalin cinta, Elisya telah pulang ke Malaysia. Apakah yang akan berlaku seterusnya?

Pelakon: Awal Ashaari (Hakimi), Hanez Suraya (Emylia), Zarynn Min (Tini), Tunku Hanis (Elisya), Fizz Fairuz (Iskandar), Puteri Fatin (Sara), Redzuan Hashim (Taufiq), Kathy Azean (Ramlah), Rosnah Johari (Mastura), Sofian Bujang (Fuad).

Penerbit: Enuja Production Sdn Bhd / Zainudin
Pengarah: MP Roslin Md Sharif
Penulis Skrip: Mazelan Manan
Lagu Tema: Bukan Dia Tapi Aku (Judika)

Episod 24 - 14 Mei | HotF (HQ) | ZipS (MQ) | Akhir
Episod 23 - 13 Mei
Episod 22 - 09 Mei
Episod 21 - 08 Mei | HotF | ZipS
Episod 20 - 07 Mei
Episod 19 - 06 Mei
Episod 18 - 02 Mei
Episod 17 - 01 Mei
Episod 16 - 30 Apr
Episod 15 - 29 Apr | HotF | ZipS
Episod 14 - 25 Apr
Episod 13 - 24 Apr
Episod 12 - 23 Apr
Episod 11 - 22 Apr
Episod 10 - 18 Apr | HotF | ZipS
Episod 09 - 17 Apr | HotF | ZipS
Episod 08 - 16 Apr | HotF | ZipS
Episod 07 - 15 Apr | HotF | ZipS
Episod 06 - 11 Apr
Episod 05 - 10 Apr
Episod 04 - 09 Apr
Episod 03 - 08 Apr
Episod 02 - 04 Apr
Episod 01 - 03 Apr

Tags: youtube sedetik cinta tv3, online sedetik cinta tv3, download sedetik cinta tv3, lagu tema sedetik cinta tv3

Thanks guys :

+ komen + 14 komen

4 April 2013 00:54

hi kaze,

cmne kaze boleh ambik background dari tonton my tu ek? bleh ajarkan tak?

4 April 2013 01:08

cara paling senang, print screen.. ;-)

4 April 2013 01:16

tapi saya cuma nk amik gambar shj..yg logo tonton tu xnak

4 April 2013 08:13

Tahu, dh print screen edit crop gmbr tu..

4 April 2013 18:25

mohon share sinopsis ye.. tq

11 April 2013 00:51

Hi Kaze, cuma nak tanya, kaze ada link utk oh my english musim 1 & 2?

Kalau ada, Please share ya, thanks 0(n_n)0

11 April 2013 08:04

Ooo xda la kr

14 April 2013 19:17

kaze xda ke promo episod akan dtg???

24 April 2013 21:55

kaze file zippy share pls...
hotfile xleh nak download la...

8 May 2013 19:15

abg kaze file zippyshare pls... hotfile x blh download lh....

8 May 2013 20:49

ok.. xsemua ep..

8 May 2013 23:58

thnkz abg kaze...

9 May 2013 11:19

sesama, ada duit lebih nnti beli acc premium ek ;-)

19 December 2013 21:51

Hi Kaze, skrg sume link hotfile dah xleh download. leh x sharekan file lain.
Baru nak nonton Tentang Dhia, pun dah xleh.
Leh repair link. Tq

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple