Teduhan Kasih, Akasia TV3 (Tamat)

01 July 2013 | 21:24


Selepas drama Sedetik Cinta yang bakal melabuh tirai minggu hadapan, sebuah lagi drama akan menghiasi slot Akasia berjudul Teduhan Kasih hasil garapan sutradara Jamal Khan dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi menerusi terbitan Primeworks Studios. Diadaptasi dari novel terlaris karya Marissa, drama rantaian 28 episod ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Sinopsis. Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa.

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa.

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Teduhan Kasih, bermula 15 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #TeduhanKasih untuk sebarang perbualan dan komen.

Total 28 episod. Lagu tema, Hanya Aku - Hyper Act.

Teduhan Kasih Episod 28 - 02 Jul | HotF | ZipS | Tonton Online - Akhir
Teduhan Kasih Episod 27 - 01 Jul | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 26 - 27 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 25 - 26 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 24 - 25 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 23 - 24 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 22 - 20 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 21 - 19 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 20 - 18 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 19 - 17 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 18 - 13 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 17 - 12 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 16 - 11 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 15 - 10 Jun | HotF | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 14 - 06 Jun | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 13 - 05 Jun | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 12 - 04 Jun | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 11 - 03 Jun | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 10 - 30 Mei | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 09 - 29 Mei | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 08 - 28 Mei | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 07 - 27 Mei | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 06 - 23 Mei | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 05 - 22 Mei | ZipS | Tonton Online
Teduhan Kasih Episod 04 - 21 Mei | ZipS
Teduhan Kasih Episod 03 - 20 Mei | ZipS
Teduhan Kasih Episod 02 - 16 Mei | ZipS
Teduhan Kasih Episod 01 - 15 Mei | ZipS

Tags: youtube, online, download, lagu tema, sinopsis, pelakon

Thanks guys :

+ komen + 51 komen

13 May 2013 10:42

mcm menarik

15 May 2013 21:00

Kalau adi putra berlakon gerenti rating tinggi. Terima Kasih Kaze

15 May 2013 21:07

sesama root, kaze banding aaron lebih suka tgk adi blakon hehe..

16 May 2013 19:49

Salam en.Kaze...nak mohon bantuan sket bleh...minta record & upload kan cerita Main-Main Hantu (certita lama lakonan Hamid Gurka tu)...dah puas saya cari link download..tp semua link dah mati..kebetulan esok Jumaat TV2 jam 2.00 petang ada siarkan semula cerita tu. Jika en.Kaze tidak keberatan bleh tlg upload cerita tu..huhuhuhu.....plizzzz....

16 May 2013 20:34

salam. sorry nur, kaze xde pvr astro nk rekod. Skrg kaze x rekod mcm dulu, amek 'outsource' sje.

16 May 2013 20:35

mmg adi putra lagi bagus lakonn nye dri aaron yg kaku tueeee......i sokong kaze.....owh ye....doakn hamba tgh exam nie.........ok guyz....cite nie mmg ooosemmmm

16 May 2013 20:42

tp dari segi citer, tgk 2 episod ni mcm slow skit, best lagi Kisah Cinta, Sam n Fazura hehe. Tgh exam ek, orait bt yg terbaik.. moga2 bjaya dgn comerlang..

17 May 2013 12:22

betul adi putra berlakon nmpk real mcm dia berlakon kat sehanat asmara tu feel.. .lg best dr aaron aziz nmpk buat2....ssh nk feel cter adam hawa tu...asyik nk tergelak jer...

22 May 2013 15:38

memang best tapi kene tgk kat sini je la.....bz time tu kat umah

24 May 2013 07:38

Betul, adi kalau berlakun best better than aaron dan sherry juga berlakon dgn baik dlm drama ni. tapi apa2 pun big thank you for kaze sbb download. thnkd.

24 May 2013 09:28

a'a tgk sherry blakon dlm 6 episod ni, ok jgk la. Masa awal2 kata mesti xbest sb heroin dlu slalu watak jahat hehe.

4 June 2013 21:41

best :D

5 June 2013 11:24

kaze, leh upload balik ep 2-6 tak?

5 June 2013 13:42

upload balik? kenape? link cek ok je. ke nk link lain, zips?

5 June 2013 19:36

Assalamualaikum Online Boutique

Saya tak ada masalah muatturun dari episod 2 sampai 6. Kalau nak upload hotfile free boleh bangun awal sebelum subuh. Awak boleh muaturun secepat yang boleh tapi satu file saja. Tak boleh muat turun lebih dari satu.

6 June 2013 09:42

cerita nih buat saya tak tidur malam mengenangkan papaehsan yang terlalu rindukan Adam...

6 June 2013 23:45

Mak Engku berlakun memang class especially watak watak kejam macam ni for example Debunga Lalang best betul Patut Mak Engku dapat Award.SiZarina tu terjerit jetit apa hal macam lakun dibuat buat.Nabila macam bagus sangat macam mana la boleh dapat Award baru baru ni. Heroin pula lembab macam mengeja skript, Hero The Best dah lah Handsome Cool and Natural.Adi Putra you are the one should bawa balik Award tu baru baru ni bukan Aaron stuck up tu

6 June 2013 23:52

yeah cayalah.. ko pulak aku bagi award komentator terbaik tahun ini.

7 June 2013 08:56

thanks kaze... xde akaun premium hotfile.. lambat nak tunggu download.. zippyshare terbaik.. nak req losing heaven n broken vow zippyshare kaze.. :)

thanks.. :)

7 June 2013 09:00

wsalam root7. thanks atas cdangan 2.. :)

kaze = kalau ada kelapangan lah upload zipyfile. kalau xboleh saya tetap download hotfile lau pun merangkak.. thanks kaze :)

11 June 2013 09:41

assalam.. Kaze, boleh x link kan episod 1 hingga 6 ke Zippyshare?

11 June 2013 21:04

bila nak masukkn episod 16?

11 June 2013 22:37

kaze...nk zippy share..huhuh.x leh dnload hotfile

12 June 2013 08:09

thanks kaze...tgk kat tv jab jab iklan... byk iklan dr citer. dah tu leh d/load plak..hehehe.. leh tgk byk kali woo.. pilih episod lg.. yg mana best.. thanks again bro....

12 June 2013 08:33

xda hal, jgn lupa tlg2 promote..

12 June 2013 11:22

salam1malaysia,kaze..boleh tak minta diperbaharui links zippyshare utk episode 5 dan 6?.tq.

16 June 2013 13:32

salam..kaze nape ep 1-2 teduhan kasih xdpt tengok...???

16 June 2013 19:03

salam, xdpt tgk mcmana tu? xdpt play file dload tu ke tonton online?

16 June 2013 23:58

maaf admin,mgkn slah sy x jmpe link utk sume episod..tq utk episod yg skng nie...

17 June 2013 08:02

Xde hal la, sesama fiq

17 June 2013 20:30

salam kaze rasanya file yg zippyshare tu utk episod 18 bukan episod 19

17 June 2013 20:40

dh repair.. td tersilap..

17 June 2013 21:39

ok set.. tq..

20 June 2013 21:11

Assalamualaikum Kaze

apa hal zipshare bila saya click satu aje zipshare keluar ini

http://hotstuffcdn.com/share/my/2949/3555392

Periksa betul betul pening kepala ...

20 June 2013 21:17

cuba tgk betul2 linktu, ada javascript click satu open 2 link, klu pakai selain pc, mgkn link problem..

25 June 2013 00:23

kenapa xboleh download nie.. apa masalahnya??.. ehhh.. jgn mnyshkan orng boleh x.. come on la.. do something , please

25 June 2013 00:34

hehe.. eh ko pakai pc ka hp ni.. pakai versi terbaru tak..

25 June 2013 00:37

terbaru apa pula.. xpkai pc pwn.. kmptr rba ja.. pleaseeee.. mcm na ni.. awak..sorry la terksar bhsa sikit..

25 June 2013 00:40

klu click link ada open 2 window tak?

25 June 2013 10:14

kaze,
utk episod 23 tu, knp tak keluar link untuk hotfile tu eh? link dia cuma adf.ly/RtoU je..takleh masuk..kena block..ada pape cadangan tak camne nak terus direct ke link hotfile?
tq in advance..

25 June 2013 12:47

orait dh letak hotf je, adf tu delete kat address bar... kesian kaze hehe

25 June 2013 16:09

hehe..TQ so much kaze..!

25 June 2013 19:01

spesel tu, biasa kaze buat xtahu je hehe

2 July 2013 17:09

drama ni best...

2 July 2013 21:47

salam kaze,
file zippy ep23 rosak la
boleh tengok bape minit je.
boleh upload baru
tq so much

2 July 2013 23:08

sorry kaze,bukan ep23
tapi ep 25
fixkan ye

2 July 2013 23:36

yeke ep25, cek betul2 hehe..
sblm ni xda pun org lain report..

3 July 2013 09:00

LiSa.. mungkin tak habis dwnload kot...

7 July 2013 14:13

salam kaze, ada tak cerita NA-O-MEI lakonan elly mazlein dgn ady putra? Dah puas cari x jumpa.

5 September 2013 16:51

maaf ye... tp bleh tak tuan rumah ni adakan sekali format 3gp?

5 September 2013 19:05

3gp? format lama, xramai yg nak. kaze bg cadangan cari/google soft yg bleh convert ke 3gp.

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple