Dewi Lasak TV3 (2013)

19 September 2013 | 00:33



Dewi Lasak Total 13 episod
Pengarah: Pierre Andre
Terbitan: MIG Production
Lakonan: Intan Ladyana (Seri), Bella Dally (Dewi), Atikah Suhaime (Qistina), Azwan Kombos (Faiz), Bil Azali (Izani Badarudin), Niezam Zaidi (Akil Rahmad), Amran Ismail (Joshua Azmi), Lokman Ghani (Jiman), Along Ezendy (Tony) dan ramai lagi

Dewi Lasak mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Seri, Dewi dan Qistina yang dibesarkan oleh bapa tunggal mereka, Jiman. Meskipun tiga beradik ini dibesarkan bersama-sama sejak kecil namun personaliti mereka amat berbeza dengan penampilan mereka.

Seri merupakan kakak sulung dan bekerja sebagai wartawan jenayah. Seri mempunyai raut wajah yang jelita tetapi dia seorang yang tegas dan amat sensitif dengan isu wanita. Selepas hubungan cintanya dengan seorang lelaki berantakan tidak lama dulu, Seri terus menjarakkan dirinya daripada lelaki dan menyibukkan diri dengan tugasnya.

Dewi adik kedua yang mempunyai sifat tomboy, sememangnya tidak suka berdandan. Walaupun sikapnya agak lasak, namun Dewi seorang yang setia dan dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan Izani. Dewi ingin berkahwin dengan Izani tetapi dia tidak mahu melangkah bendul. Jadi Dewi bersungguh-sungguh mencari calon suami yang sesuai untuk kakaknya.

Qistina pula adik bongsu yang manja dan masih lagi menuntut pengajian di sebuah kolej. Qistina pernah menjadi mangsa ragut dan sejak itu dia telah mendaftar diri di sebuah kelas karate untuk menggilap keupayaan bertarungnya. Malah Qistina juga meminati pemilik kelas karate itu, Faiz.

Dewi mengikuti Qistina ke kelas karate dan bertemu dengan Faiz. Dewi merasakan Faiz adalah calon yang sesuai buat kakaknya, Seri. Dewi terus mengambil peluang itu untuk merapatkan hubungan Seri dan Faiz. Berkat sokongan Dewi, Seri akhirnya bersetuju untuk keluar bersama Faiz. Keadaan ini menimbulkan rasa cemburu dalam diri Qistina yang sememangnya meminati Faiz dalam diam.

Kemudian Qistina beralih arah kepada Joshua. Bibit cinta mula terkuntum. Tanpa Qistina sedari, Joshua sebenarnya sedang cuba memerangkap Qistina ke kancah jenayah. Qistina yang mula menjauhkan diri dari keluarganya akhirnya terperangkap dengan pujukan Joshua untuk menjadi pelayan di sebuah kelab. Rakan Qistina, Akil mendapat tahu hal itu dan terus memberitahu Dewi tentang niat buruk Joshua itu. Kedua-dua kakak ini terus mengetepikan masalah peribadi dan menyelamatkan adik mereka daripada terus terjerumus ke dalam kancah jenayah.

Sedang Seri mengintip Joshua, dia ternampak lelaki itu dengan satu kumpulan penjenayah, geng Tony yang terlibat dalam salah satu kes yang sedang disiasatnya. Seri cuba mempergunakan Joshua untuk mendedahkan kegiatan jenayah geng Tony. Namun, Seri menerima padah apabila geng Tony terus menangkap dan cuba membunuh Seri. Apakah yang akan berlaku selepas itu? Mampukah Seri dan Dewi mengembalikan Qistina ke dalam hidup mereka seperti dahulu? Sementara itu, apakah kesudahan hubungan Dewi dan Faiz? Siapakah yang harus berkorban untuk melihat orang tersayang bahagia?

Episod 13 - 2/10/2013 | Akhir
Episod 12 - 25/9/2013
Episod 11 - 18/9/2013
Episod 10 - 11/9/2013
Episod 9 - 4/9/2013
Episod 1-8

Tags: youtube, online, download, lagu tema, sinopsis, pelakon

Thanks guys :

+ komen + 5 komen

3 July 2013 21:16

x best lah

4 July 2013 21:27

nak tgok dewi lasak..ta sempat tgok episod 2 semalam..please masukkan

4 July 2013 21:29

berat kaze nak update nurul, bukan tak best, tp tak best sgt2.. hehe.. tgk klu ada mood nanti..
kdg terfikir jgk kenapa la tv3 pilih drama aksi mcm 10-20 tahun dulu hehe..

11 July 2013 14:20

kaze tolong update episod 2 dan 3 tq

12 July 2013 11:29

thanks kaze...heee..ta berapa best tp not bad la...

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple