Keputusan Piala FA 2013

29 June 2013 | 07:35

Piala FA 2013 Siapa Punya?


Norfarhan Muhammad jaringkan gol tunggal minit ke-15
Kelantan layakke Piala AFC 2014
Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi pemain terbaik

Kuala Lumpur: Kesesakan jalan raya sepanjang 10 kilometer menghala Stadium Nasional Bukit Jalil tidak menghalang kira-kira 100,000 penyokong Kelantan dan Johor Darul Takzim (JDT) hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA membabitkan kedua-dua pasukan itu, malam tadi.



Penyokong mula membanjiri perkarangan stadium seawal jam 10 pagi bagi mendapatkan tiket pada saat akhir dan mengelakkan kesesakan, manakala penjaja mula menjalankan operasi mereka sejak awal pagi lagi.


Kejuaraan Piala FA Kelantan diramal mampu dipertahankan oleh Kelantan ketika berdepan Johor Darul Takzim (DT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Selain berpengalaman dalam tiga aksi final piala itu, Kelantan mempunyai kelebihan kerana dibarisi pemain handalan seperti Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad, Obinna Nwaneri, Dickson Nwakamae dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang mampu mengatasi cabaran anak buah Fandi Ahmad.

Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT,” Datuk M Karathu, bekas jurulatih Kelantan

Johor DT sebaliknya, walaupun dibarisi pemain bintang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez, Nurul Azwan Roya, Andrezinho dan Safee Sali, terpaksa akur dengan ketiadaan pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak yang digantung perlawanan.

Bagaimanapun, faktor Matyo (Norshahrul) dan Awe (Nurul Azwan) - dua bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke Johor musim ini - mampu menampilkan kejutan kerana kedua-duanya bersemangat untuk membuktikan sesuatu bersama pasukan baru.

Apapun aksi di atas padang akan menentukan keputusan, bukan apa yang tertera di atas kertas. Percaturan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak dan jurulatih Johor DT, Fandi, serta kemampuan anak buah masing-masing melaksanakan arahan bakal menjadi penentu pasukan mana muncul juara malam ini.
Jurulatih Tentera, B Sathianathan, berkata kelebihan berpihak kepada Kelantan kerana mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas final dan masih segar dengan kejayaan menjulang trofi tahun lalu.

“Sekalipun Johor mempunyai ramai pemain berbakat, mereka tidak pernah beraksi di pentas final sebelum ini dan ia agak menyukarkan mereka.

“Perlawanan pasti sengit dan hebat. Saya rasa ia akan berlanjutan hingga sepakan penalti,” katanya semalam.

Bagi jurulatih Pahang, Dollah Salleh, kedua-dua pasukan sama hebat dan ada kelebihan masing-masing, tetapi jika berpandu kepada pengalaman, ia memihak Kelantan kerana ini kali ketiga mereka ke final.

“Tidak boleh dinafikan, pengalaman itu akan banyak membantu mereka pada perlawanan itu nanti. Selain itu, Johor DT saya rasa bakal berdepan masalah terutama di bahagian pertahanan dengan ketiadaan Aidil Zafuan Abd Razak yang digantung perlawanan,” katanya.

“Johor DT mempunyai Norshahrul yang berada pada kemuncak prestasinya, Safee dan Nunez. Kelantan pula mempertaruhkan Indra Putra, Norfarhan dan Faiz Subri.

“Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT,” katanya.

Jurulatih Harimau Muda B, Razip Ismail, berkata berdasarkan pengalaman, sudah tentu Kelantan mempunyai kelebihan kerana pernah beraksi di pentas final.

“Namun, itu tidak boleh dijadikan sandaran pada kali ini. Saya memilih Johor DT untuk menang.

“Ini kerana ada antara pemain mereka seperti Norshahrul dan Nunez yang boleh mengubah final kali ini untuk menjadi juara. Saya menjangkakan Johor DT akan menjadi juara musim ini dengan kemenangan 2-1,” katanya.
Thanks guys :

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple