Tonton Kisah Cinta Episod 5


Shah mendapat panggilan menyuruh dia ke balai polis. Juli ditahan bersama beberapa orang mat rempit. Shah pergi selamatkan Juli, dan marah-marah kerana tindakan bodoh yang dilakukan Juli. Tetapi Juli membentak semula yang dia lakukan semua itu hanya untuk mendapat perhatian Shah. Dia mahu Shah risaukan dirinya seperti dulu. Shah sedar yang dia mengabaikan Juli. Dia meminta maaf. Azalea yang baru hendak pergi berjumpa Shah terkejut bila melihat Shah mesra dengan Juli. Azalea menjadi cemburu. Kedua-dua Azalea dan Shah mendapat satu panggilan dari seorang lelaki yang mengatakan dia lawyer kepada Zainal, dan mahu berjumpa dengan mereka berdua. Apabila bertemu, Shah pelik dengan perangai Azalea yang selalu mengenakan dia, apa saja yang dia cakap atau buat semua salah. Lawyer yang mereka jumpa bernama Hatim. Hatim memberitahu Shah dan Azalea yang Zainal dan Zaharah ada memiliki tanah seorang sekeping, dan kini tanah itu akan diserahkan pada waris terdekat. Mereka bergembira.
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar