Tonton Teduhan Kasih Episod 19

17 June 2013 | 20:38


Perkahwinan yang bakal menjelang antara Ehsan dan Iffa bagaikan menghantui mereka yang memusuhinya. Ayu terus bergaduh dengan Ryzal apabila Ryzal mengatakan biarkanlah mereka bahagia. Ayu masih berdendam terhadap Iffa kerana berjaya mendapatkan lelaki yang menjadi dambaan ramai wanita. Begitu juga dengan Kak Long yang masih marah dan hanya menjenguk ibunya, Maimun yang sudah balik ke rumah dengan sakit kaki. Maimun pula sekarang ni kuat sangat merepek dan baran sejak sakit-sakit kaki. Asyik nak marah sahaja.. dan saling menyumpah Iffa. Izad pula sering menjadi bahan sumpahannya. Nasib baik Izad masih bersabar dan dia terpaksa ponteng pengajiannya sejak ibunya sakit.. kerana tidak ada siapa yang boleh diharapkan lagi untuk menjaganya. Pada hari itu, dia mendapat panggilan dari Iffa kerana mengajaknya sama hadir dalam majlisnya. Kata Izad dia takut emak tiada orang yang jaga... tapi baginya dia berharap sangat kak Long akan datang pada hari itu.
Thanks guys :

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple