Tonton Teduhan Kasih Episod 24

25 June 2013 | 20:53



Ehsan kemudian diberitahu oleh doctor yang Iffa sedang demam … suhunya agak tinggi. Ketika ini, dia hanya meminta ubat dan dia berjanji akan menjaga Iffa dengan penuh kasih sayang. Doctor melepaskan Iffa dan menasihatkan Ehsan segera menelefon jika perlukan apa-apa. Ehsan hanya mengangguk setuju… ketika ini Adam nasib baik pula tidak banyak ragamnya. Sampai di rumah setelah menidurkan Iffa dan Adam, Ehsan terus menghubungi makcik Hanim untuk membantunya. Punyalah risau makcik Hanim dan terus berjanji untuk datang petang itu juga. Ehsan merasa cukup lega kerana makcik Hanim memang prihatin orangnya. Ehsan kemudian memberikan ubat kepada Iffa… Iffa pula sangat risaukan Adam. Ehsan menyatakan Iffa jangan mendekati Adam sangat kerana takut berjangkit. Iffa faham dan mengharapkan Ehsan akan dapat menjaga Adam. Makcik Hanim datang petang itu, cukup risau dan melihat keadaan Iffa yang ketika itu sedang dijaram oleh Ehsan… makcik Hanim yakin Iffa akan segera sembuh.
Thanks guys :

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple