Kampung Girl TV3 (2013)

13 September 2013 | 23:02


Drama Kampung Girl adalah adaptasi dari novel popular oleh penulis Umi Kalsom (Karya Seni), Kampung Girl dibintangi oleh Akim Ahmad, Nad Zainal, Emma Maembong, Syafiq Kyle, Hilal Azman, Emma Akma, Fikhree Bakar, Ramona Zam Zam, Anne Abdullah, Reen Rahim dan Ramli Salleh.

Sinopsis Kampung Girl TV3. 

Kisahnya bermula apabila Ashraf Khairi, 28 tahun, anak bongsu pasangan ahli perniagaan, Tuan Shahir dan Puan Mazlin cuba dijodohkan dengan sepupunya sendiri, Ainnur Azmi, 25 tahun, seorang gadis kampung yang pada anggapannya tidak bekerja dan hanya menghabiskan masa dengan ayam itik di kampung. Jiwa Ashraf mula memberontak. Dia mula mengatur strategi dengan menyibukkan diri di pejabat untuk memprotes dan menangguhkan hasrat ibubapanya.

Sejak kecil lagi Ashraf memang tidak menyukai Ainnur. Hanya kata cacian dan kutukan sahaja yang keluar dari mulut Ashraf bila bersama Ainnur. Ainnur yang berasa tercabar dengan ejekan Ashraf telah menerima pinangan dari Puan Mazlin. Dia ingin mengajar Ashraf yang sombong dan bongkak itu.

Identiti Ainnur yang belajar hingga keluar negara dan bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris dirahsiakan dari pengetahuan Ashraf. Ainnur ingin Ashraf jatuh cinta pada budak kampung yang dikatakan kolot dan tiada pendidikan. Dia berpakat dengan bakal mentuanya, Puan Mazlin.

Ashraf yang bengang dengan persetujuan Ainnur telah menggunakan setiausahanya, Annisa untuk menyamar sebagai kekasihnya. Tapi lain pula yang berlaku apabila terbongkar dengan Ainnur kerana setiausahanya itu juga budak kampung dan yang lebih memeranjatkan, dia adalah kawan baik Ainnur sendiri.

Ainnur dan Ashraf berjaya dinikahkan dan persandingan akan dibuat kemudian. Pada malam pengantin, rahsia Ainnur yang berpendidikan diketahui juga. Ashraf terlihat gambar graduasi Ainnur di luar negara. Dia berasa tertipu dan diperbodohkan oleh Ainnur. Bencinya bertambah terhadap Ainnur dan selama sebulan dia tidak mempedulikan isterinya itu. Ainnur mengajar di Pulau Pinang manakala Ashraf bekerja di Kuala Lumpur. Teman serumah Ainnur menasihatkan Ainnur untuk memikat hati Ashraf. Pelbagai usaha dilakukan oleh Ainnur namun ego Ashraf terlalu tinggi.

Mungkinkah hati pemuda bandar ini akan menjadi lembut jua untuk menerima Ainnur? Atau kisah Ashraf dan Ainnur bakal menjadi kisah yang semakin rumit? Saksikan Akim Ahmad dan Nad Zainal menerusi ‘Kampung Girl’ terbitan produksi Luqsar Kreatif.

Lagu tema, Kampung Girl

Kozae & Ali Terbang, Sedia Bercinta Lagi - Keroz Nazri, 


13 Episod, Setiap Jumaat, 9.00 malam di TV3.

Episod 13 - 18/10/2103 | Akhir
Episod 12 - 11/10/2013
Episod 11 - 4/10/2013
Episod 10 - 27/9/2013
Episod 9 - 20/9/2013
Episod 8 - 13/9/2013
Episod 7 - 6/9/2013
Episod 6 - 30/8/2013 | HotF | ZipS | Tonton Online
Episod 5 - 23/8/2013 | HotF | ZipS | Tonton Online | Promo
Episod 4 - 2/8/2013 | HotF | ZipS | Tonton Online
Episod 3 - 26/7/2013 | HotF | ZipS | Tonton Online
Episod 2 - 19/7/2013 | HotF | ZipS | Tonton Online
Episod 1 - 12/7/2013 | HotF | ZipS | Tonton Online
Thanks guys :

+ komen + 16 komen

13 July 2013 08:12

Woah~~ ceta baru ler... smlm tak sempat liat laaa... kaze.. ceta ni 13 episod juga ke?

13 July 2013 11:28

macam mana nak tengok ... tak boleh buka pun ..

13 July 2013 13:31

Yahhh , akhirnya upload jugak lam ZippyS. (Y)

16 July 2013 19:40

kaze.. salah info tuu.. pukul 9 la.. hehe

19 July 2013 22:43

Assalamualaikum


sesiapa tak boleh buka apa apa video file mp4 download vlc.com disitu ada tertulis vlc.com boleh pakai semua file dari avi.flv.mkv mp4. Yang suka cabaran boleh muat turun klitecodec.com sila lihat video di bawah http://www.youtube.com/watch?v=5tD_bWtdkGs macam mana nak install atau pasang klite codec dan sila pakai media player classic. Kalau tak faham sila beri komen di sini jadi aku boleh tengok apa masalah kamu.

27 July 2013 07:43

bile nak upload ep 3? terima kasih :)

27 July 2013 09:55

hehe ni main tanya terus tak tgk2 la ni hehe

10 September 2013 20:49

episode 7 dah upload ke @ belum lg admin....??

10 September 2013 22:23

Assalamualaikum kaze

apa hal episod 7 tak boleh download kat hotfile lah. Nak download tonton online pun tak boleh error msg tulis " content deleted ; This video is no longer available because it has been deleted."

13 September 2013 23:41

Thanks for the posts kaze. TQ utk drama2 lain jugak.. (TQ dijamakkan jer.. )

16 September 2013 12:59

hehe sesama..

26 September 2013 19:40

Salam kaze..again n again n again tq to u...novel best drama pun best...lg best sbb bole tgk bila2 masa dr sini...hihihi thanks again bro :-)

27 September 2013 00:20

salam kak, sesama..hehe

18 October 2013 22:23

kaze episod akhir mane?? x saba nk download ni

18 October 2013 22:28

aiii kan ada tu haa hehehe

18 October 2013 23:46

thanx a lot dik! puas hati dpt tgk berulang2.

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple