Tonton Kisah Cinta Episod 9

02 July 2013 | 23:32




Shah bertemu dengan Juli, bertanya khabar dan memberitahu Juli tentang rancangannya untuk berkahwin dengan Azalea. Juli senyum, dan berkata yang dia sudah tau, berita itu tersebar, adik kepada orang ternama akan berkahwin. Shah meminta maaf, kerana situasi berubah sangat cepat. Sebaik saja Shah berlalu, Juli menangis semahunya. Doktor Rustam yang menenangkan Juli. Perancangan perkahwinan Shah dan Azalea berjalan dengan lancar. Mereka sudah membuat rancangan, sebaik saja majlis perkahwinan, mereka akan terus mencari jawapan untuk selesaikan cerita ibu dan ayah mereka. Marina, terang-terangan tidak bersetuju, tetapi kerana mahu menjaga nama baik Azahari, dia diamkan saja. Semua orang-orang yang pernah mereka jumpa dijemput sekali ke majlis perkahwinan mereka. Kesemuanya gembira terutama Jumna. Shah dan Azalea merasakan seperti mereka akan adakan satu reunion untuk satukan kembali sahabat-sahabat lama arwah Zainal dan Zaharah.
Thanks guys :

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple