Cinta Jannah TV3 (2013)

19 September 2013 | 20:30


Cinta Jannah drama bersiri 24 episod. Diarahkan oleh Azmi Hatta akan keudara di Slot Akasia TV3 (Isnin-Khamis, 7 petang). Pelakon yang membintangi, Aeril Zafrel, Nelydia Senrose, Reen Rahim, Ramona Zam Zam, Fadilah Mansoor, Saharuddin Thamby, Dian P Ramlee, Kartina Aziz dan Ezany Nizariff.

Sinopsis Cinta Jannah TV3

Drama ini mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Jannah (si Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Pulak dah, nama aku lak, pilih la nama lain hehe.

Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Benci-benci pun sampai ke mana, anak engko jgk tu.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk membuat kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya. Ye, Tahu dah kan dah beritahu tadi hehe

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalabergetarnya dan jatuh pengsan. Kesian, lepas tu apa jadi?

Secara kebetulan, Izaryl (si Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (si Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri. Macam bukan kebetulan, macam sengaja je hehe..

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P Ramlee), berasa amat marah. Mau tak marah. So guys ikutilah kesudahannya ek nanti.

Lagu tema/OST/lagu latar Cinta Jannah. 

Misha Omar - Angin Syurga, Erry Putra - Tidak Tidak.

Ingat guys, semua 24 episod, tiap Isnin hingga Khamis, jangan tanya lagi tau hehe

Jadual Episod Cinta Jannah

Episod 24 - 24/9/2013 - Akhir
Episod 23 - 23/9/2013
Episod 22 - 19/9/2013
Episod 21 - 18/9/2013
Episod 20 - 17/9/2013
Episod 19 - 16/9/2013
Episod 18 - 12/9/2013
Episod 17 - 11/9/2013
Episod 16 - 10/9/2013
Episod 15 - 9/9/2013
Episod 14 - 5/9/2013
Episod 13 - 4/9/2013
Episod 12 - 3/9/2013
Episod 11 - 2/9/2013
Episod 1-10
Thanks guys :

+ komen + 36 komen

5 September 2013 20:24

waiting ep 14...
hehehe =)

5 September 2013 22:11

slalu download episod cinta jannah kat sini klu ter"missed" tgk 1 episod tuh.. hehehe thanks admin upload citer nih.. :)

8 September 2013 23:38

Ep 15 ?

9 September 2013 21:49

Ape benda yg nk ditengok ni...sume dh delete.bek xyah wat.buang ms la nk search kt sini

9 September 2013 21:51

Ape benda la.....episod byk dh delete.xsmpt nk tgk.dhla bz ngn keje.kang sokong cite english, kate mcm2...dh minat cite melayu, cmni plak jd nye

11 September 2013 20:27

Assalmaualaikum Kaze

Kenapa tak upload kat hotfile tak ada subscription ke atau kau punya account dah luput.

11 September 2013 21:22

kenapa nak tonton online dah tak boleh ek sekarang ?

11 September 2013 21:40

Asl ep 14-17 tak boleh

11 September 2013 23:40

Alah episode 16 n 17 xdapat tengok tu...plz3 nk tngok.....

13 September 2013 12:34

Apasal sinopsis sini terpesong jauh dari jalan cerita dia..???

16 September 2013 13:01

guys, online vid skrg dah cepat kene delete...
sinopsis terpesong sb pengarah tukar last minit hehe

16 September 2013 21:28

ep 19 asl tk der vid ???

16 September 2013 22:23

Sab tgk betul2.. penat nk reply ni hehe

16 September 2013 23:55

napa x leh bukak ni eeeeee

16 September 2013 23:59

xleh bukak mcmana tu, ce citer?
ni yg malas nk on comment ni..

17 September 2013 18:50

Ok jer dload.. x der masalah pun.. sian kaze.. dah penat2 upload diorang ni byk bunyi plak...

17 September 2013 19:39

tu yg nk off je comment ni hehe

17 September 2013 21:13

ok minta maaf lah kaze yer

17 September 2013 21:16

ok xde ape kecik je.. happy semua.. hehe

19 September 2013 00:06

kaze, eps 21 zippyshare bila bukak takde file dlm tu utk di download..

19 September 2013 00:13

hehe bila bukak xde file dlm tu? aduhh, nk tanya, sblum ni pernah dload tak kat sini?.. kesian la kaze asyik nk kene double triple quadruple quintuple check je link file huhu... ponek den bertingkek-tingkek hehe...

19 September 2013 00:22

hari2 kot daownload kat sini..huhuu..tapi mlm ni bila click eps 21 zippyshare tu mmg takde..

19 September 2013 00:28

huhu kesian, igt 1st time hehe.. try lagi ayen.. try pakai browser lain2 ka

19 September 2013 00:44

huhuuu..oke da boleh pakai google chrome.tadi pakai mozilla takleh..tq bebanyak..

19 September 2013 16:33

kenapa tak boleh download ye..guna memacam browser dah nie... :(

20 September 2013 20:15

tq bro ...

20 September 2013 21:58

Assalam kaze, nape ye bnyk eps da deleted... Sedih x dapat tgk cth mcm eps 6 &7 dll..
Harap kaze dpt upload semula...suke tgk cite tu...sweet. Thanks a lot kaze

20 September 2013 22:29

assalam azlina.. elok ko dload je, vid online da kene deleted sb ada org/agency report kt dailymotion.. ni baru dpt email dari vimeo pasal claim astro pasal jimk.. so entah la nk terus ke tak hehe..

23 September 2013 21:27

Laa..ye ke kaze...eem x syiok la kan mcm tu...bz mana la smpt nk tgk waktu tayangan nye...
Xpe kaze..apa2 pun thanks a lot ye dr dulu smpi la skrg ni...hihihi

24 September 2013 16:58

mereka ni komen x berhati perut betul.. dahlah kat blog org.. dah kira beruntung kaze buat blog ni.. dapat tengok drama yg dah terlepas.. kalau video xleh.. download lah pastu delete.. haha.. kan senang.. ish3

24 September 2013 21:02

Boleh jer aku download...samada pakai hotfile @ zips...tengok online pun boleh..aku dah lama download n tengok citer yang aki terlepas kat blog kaze ni..dari citer tentang dhia dlu kalau x salah aku...aku tengok pakai smartfon jer..xde masalah pun...anyway thanks a lot kaze....

25 September 2013 00:31

drama paling banyak kebetulan pernah ku lihat seumur hidup ku setakat ini

25 September 2013 11:38

Nape last episode x blh tgk,x best la mcm ni

26 September 2013 01:33

Ending hancus....repetition like other series. very very weak endings. It seems no seriousness by the director and script-writer. Drama bersiri yg baik tp rosak kerna ketidakseriousan pihak berkenaan yg langsung tidak peka tentang KUALITI jalan cerita. Teguran yg ikhlas dari saya kerna malu amat dgn kelemahan-kelemahan yg berulang. Tak ada langsung inisiatif kecuali duit-duit-duit. Inikah nilai yg ada pd penerbit-penerbit Drama-drama melayu... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Hentikan memperbodohkan peminat-peminat sebelum mereka membenci drama melayu...jgn salahkan peminat bila situasi ini berlaku!

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple