Sangkar TV9 (2013)


Sangkar drama bersiri 13 episod terbaru TV9 dilakonan oleh Nabila Huda, Nazim Othman, Zul Ariffin, Amee Sharmaine, Azizah Mahzan dan Erma Fatima. Me­nemui penonton di slot Ratu TV9 setiap Selasa dan Rabu, 8.30 malam.

Sinopsis Sangkar TV9

Drama ini mengisahkan dua pelajar Yasmin (Nabila Huda) dan Umar (Nazim Othman) yang membesar dalam suasana kehidupan berlainan. Yasmin dibesarkan ibunya Kamsiah (Azizah Mahzan) manakala Umar pula dibesarkan dengan penuh kemewahan oleh bapanya iaitu Tuan Syed (Zul Ariffin). ala.. Zul Ariffin jadi bapak pulak.. tak real sgt..

Kedua-duanya mempunyai pemikiran berbeza, namun hubungan yang terjalin sejak di bangku sekolah membuatkan mereka akrab. Kedua-duanya adalah pelajar bijak dan setelah tamat persekolahan, Yasmin bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. sama la hehe

Apabila Umar mendapat tahu perkara itu, Umar terus meminta Yasmin untuk memohon bagi pihaknya. pulak boleh suruh orang mohon.. urus la sendiri..

Ditakdirkan permohonan kedua-dua mereka berjaya dan hubungan mereka menjadi semakin akrab. Umar rapat dengan ibu Yasmin kerana tidak pernah merasai kasih sayang seorang ibu berikutan ibunya meninggal dunia selepas melahirkannya. oo anak yatim la..

Sejak itu dia dibesarkan bapanya yang sering sibuk dengan perniagaannya. Bukan saja tidak mendapat perhatian dan kasih sayang daripada bapanya, malah Umar turut benci dengan sikap bapanya yang suka berfoya-foya. standard lelaki kaya hehe

Umar semakin rapat dengan ibu Yasmin apabila dia mendapat tahu wanita itu menghidap penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi. Dalam pada itu, setiap masalah yang dihadapi Yasmin akan dikongsi bersama Umar hingga menimbulkan bibit percintaan antara mereka. cinta sebab kesian ke ape..

Dalam masa yang sama, Umar sanggup melakukan apa saja asalkan Yasmin bahagia dan sentiasa berada di sampingnya. Di samping belajar, Yasmin juga terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambilan untuk mengumpul wang perbelanjaan ibunya dan menolak bantuan daripada Umar. aa.. bagus orang nk tolong tak nak hehe

Yasmin sanggup untuk melakukan apa saja demi ibunya hinggalah pada suatu hari dia terserempak dengan Tuan Syed yang kemudiannya menawarkan pekerjaan di syarikat miliknya. Umar menjadi marah apabila mendapat tahu mengenai perkara itu hingga membawa dia diri ke Sepa­nyol. apsal nk marah pulak.. koje..

Kebencian dan tidak puas hati terhadap bapanya semakin membuak. Bagi Umar, bapanya tidak suka melihat dia bahagia dan sentiasa ingin merampas apa saja yang dimilikinya termasuklah Yasmin. oo.. susah jgk bapa ensem..

Apakah keputusan Yasmin apabila mendapat tahu Umar membawa diri ke Sepanyol? Adakah Umar akan beralah dengan bapanya merampas kebahagiaan yang dikecapinya? Yasmin buat de' je, Umar pulak tersangkut pompuan sepayol hehe..

Lagu latar/lagu tema/ost Sangkar TV9.

Berganti Hati - Anggun

Drama Sangkar ni best tak guys?



Siaran Sangkar TV9
Episod 13 - 9/10/13 - Akhir
Episod 12 - 8/10/13
Episod 11 - 2/10/13
Episod 10 - 1/10/13
Episod 9 - 25/9/13
Episod 8 - 24/9/13
Episod 7 - 18/9/13
Episod 6 - 17/9/13
Episod 5 - 10/9/13
Episod 4 - 4/9/13
Episod 3 - 3/9/13
Episod 2 - 28/8/13 | HotF | ZipS | Tonton Online
Episod 1 - 27/8/13 | HotF | ZipS | Tonton Online
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar