Sinopsis Ringkas Asmara Luna Episod 1 Hingga Episod 7

21 August 2013 | 23:54


Download & Tonton Online Asmara Luna TV3

Asmara Luna Episod 1 (21/8/2013)
Ahmad (aka Oppa) dan Zaharah (aka Ayang) berkira kira untuk mencari hadiah harijadi ke 21 untuk Luna, anak gadis dan anak tunggal mereka.Selepas kata sepakat dicapai, akhirnya mereka membeli sebuah kereta kecil (VIVA/MYVI).


Asmara Luna Episod 2 (26/8/2013)
Ahmad mahu Luna biasakan diri dengan membawa kereta di kawasan berdekatan dahulu sebelum dia boleh membawa sepenuhnya di jalanraya.Sebagai seorang anak yang akur, Luna bersetuju dan sebaliknya meminta Emma dan abangnya, Habib.


Asmara Luna Episod 3 (27/8/2013)
Selepas mengetahui rahsia sebenar Luna, Habib mahu bantu Luna untuk mencari ibu bapa kandungnya. Tetapi walaupun begitu, Habib tidak pernah keluar berdua sahaja dengan Luna, sebaliknya Emma sentiasa ada bersama.


Asmara Luna Episod 4 (28/8/2013)
Habib kecewa bila mendapat tahu yang gadis idamannya itu kini rupanya sudah meminati orang lain. Adiknya Emma menyedari akan perasaan Habib dan nasihatkan Habib agar suarakan sahaja perasaannya itu.


Asmara Luna Episod 5 (2/9/2013)
Luna kini terpaksa berfikir cara untuk menjauhkan diri daripada Adam. Apa juga usaha Adam kini, Luna buat tidak port sahaja. Ini menyebabkan Adam bengang dan cuba mencari silap sendiri.


Asmara Luna Episod 6 (3/9/2013)
Adam yang dah benar benar angau masih tidak mahu mengalah dan dia memujuk Luna untuk berjumpa dengan keluarganya kerana kononnya dia tidak mahu malu. Atas dasar persahabatan, akhirnya Luna bersetuju.


Asmara Luna Episod 7 (4/9/2013)
Ibu dan bapa Adam sangat menyenangi Luna kerana Luna berbudi bahasa dan pandai ambil hati mereka. Malah kini mereka tidak sabar sabar untuk bertemu dengan keluarga Luna. Luna menjadi serba salah kerana setahunya, dia datang Cuma sebagai teman.
Thanks guys :

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple