Sinopsis Ringkas Cinta Jannah Episod 1 hingga Episod 10

14 August 2013 | 04:00

Download & Tonton Online Cinta Jannah TV3

Sinopsis Cinta Jannah Episod 1 - 14/8/2013. Sumaiyyah memanggil nama Nur Jannah dari dapur. Nur Jannah datang dengan membawa bakul di tangannya. Sumaiyyah bertanya ke manakah Balqis pergi. Nur Jannah mengeleng tidak tahu. Nur Jannah masuk ke dapur untuk meminum air. Nur Jannah ke kedai.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 2 - 15/8/2013. Balqis memberitahu Nur Jannah menolak tuah. Nur Jannah menangis tersedu-sedu. Nur Jannah berlari masuk ke biliknya dan menutup pintu. Sumaiyyah menangis. Balqis tersenyum tanda kemenangan.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 3 - 19/8/2013. Izaryl baru sahaja selesai bermain tenis dengan Hakim. Hakim mengajak Izaryl duduk sambil menawarkan minuman dalam botol yang di bawanya. Izaryl menyambut. Tuala yang di bawa di kesat ke muka dan lehernya yang berpeluh.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 4 - 20/8/2013. Nur Jannah berbual dengan sahabat baiknya Zahira. Nur Jannah menceritakan tentang lamaran dari Sufian. Izaryl berhenti di sebuah taman untuk menenangkan fikiran. Nur Jannah berkemas dan menyimpan pakaiannya ke dalam beg.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 5 - 21/8/2013. Izaryl yang kebetulan melalui jalan itu mengejar motosikal peragut dengan keretanya. Beg Nur Jannah berjaya di ambil dan peragut itu berjaya melarikan diri. Izaryl mengangkat Nur Jannah masuk ke keretanya.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 6 - 22/8/2013. Izaryl mengetuk pintu. Nur Jannah segera menyarung tudung dan bangun membuka pintu. Izaryl yang waktu itu keruh wajahnya hanya memandang semacam pada Nur Jannah. Nur Jannah gelisah.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 7 - 26/8/2013. Nur Jannah berkurung di dalam bilik. Izaryl menaiki kereta untuk membeli makanan. Nur Jannah menangis sambil memeluk lututnya. Teringat saat akad nikahnya dan Izaryl. Betapa bezanya perkahwinan Balqis. Majlisnya teramat suram.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 8 - 27/8/2013. Abdullah pergi ke rumah Mahmud untuk meminta maaf. Mahmud dan Sufian yang sedang berbual di beranda mengajak Abdullah naik. Mereka bersalam. Sufian menjemput Abdullah duduk. Abdullah mengatakan dia malu untuk bersua muka dengan Mahmud sekeluarga.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 9 - 28/8/2013. Izaryl mengambil telefon dan mendail nombor telefon Tengku Zareena. Tengku Zareena ketika itu berada di butik pengantinnya mula marah-marah. Katanya Izaryl tidak pandai memilih isteri. Kolot, gadis kampung.

Sinopsis Cinta Jannah Episod 10 - 29/8/2013. Izaryl membetulkan tali lehernya di hadapan cermin. Dia ternampak bayangan Nur Jannah di cermin itu. Izaryl menjenguk ke dapur dan melihat Nur Jannah sedang membuat minuman. Izaryl perhatikan Nur Jannah dari belakang.
Thanks guys :

+ komen + 3 komen

Anonymous
15 August 2013 21:31

video?

15 August 2013 21:33

tu link atas skali tu..

Anonymous
16 August 2013 23:54

haha x prasan lah

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple