Sinopsis Ringkas Cinta Jannah Episod 15 hingga Episod 22


Download & Tonton Online

Cinta Jannah Episode 15
Izaryl mengusik Nur Jannah yang tengah memasak didapur. Nur Jannah marah. Opah dan Atuk turut ketawa melihat telatah Nur Jannah. Selepas sarapan, Izaryl dan Nur Jannah bersalaman dengan Atuk dan Opah untuk pulang ke Kuala Lumpur. Mereka berjanji untuk datang lagi. Opah sedih. Nur Jannah merenung Izaryl yang sedang memandu. Ketika Izaryl memandangnya hatinya berdebar-debar. Pagi itu, Nur Jannah bersiap untuk ke tadika. Dia membetulkan tudungnya. Izaryl meminta Nur Jannah supaya berhenti kerja dan memberitahu yang dia masih mampu menanggung Nur Jannah. Nur Jannah terkejut dan bertanya kenapa. Izaryl tidak menjawab dan menyuruh Nur Jannah masuk ke dalam kereta. Dalam kereta Nur Jannah memujuk supaya dia boleh bekerja di tadika lagi. Nur Jannah memberi alasan dia sudah selesa bekerja dan sayangkan kanak-kanak di situ. Izaryl menolak dengan alasan sudah masanya Nur Jannah memikirkan masa depan dan melahirkan anak sendiri. Nur Jannah terdiam.


Cinta Jannah Episode 16
Nur Jannah masuk dan berjumpa dengan penyambut tetamu. Penyambut tetamu membawa Nur Jannah berjumpa Amina. Amina menekan interkom dan memberitahu calon temuduga sudah sampai. Nur Jannah mengetuk pintu dan kemudian masuk. Izaryl melindungi mukanya di sebalik fail yang di pegangnya. Izaryl bertanya dan Nur Jannah menjawab tanpa dapat di lihat wajah sebenar CEO syarikat. Izaryl sembunyikan ketawa di sebalik fail yang di pegangnya. Izaryl bertanya tentang status perkahwinan. Dengan tergagap-gagap Nur Jannah menjawab belum berkahwin. Izaryl kemudian menjatuhkan fail. Nur Jannah terkejut kemudian bangun. Izaryl turut bangun. Nur Jannah menuduh Izaryl sengaja ingin mempermainkan perasaannya. Amina yang terdengar bising-bising masuk tanpa mengetuk pintu. Izaryl dan Nur Jannah terdiam. Izaryl dengan selamba memperkenalkan Nur Jannah sebagai setiusaha barunya mengantikan Amina yang akan cuti bersalin tidak lama lagi.


Cinta Jannah Episode 17
Nur Jannah dan Izaryl bersarapan bersama. Izaryl memberitahu dia akan singgah ke tapak projek dahulu. Nur Jannah memandu menuju ke tempat kerja. Sampai di pejabat dia masuk ke bilik Izaryl dan mengemas meja. Izaryl berbincang dengan pekerjanya mengenai projek perumahan yang di kendalinya. Nur Jannah mengadap komputer menyiapkan laporan. Kamal rakan sepejabatnya mengajak Nur Jannah ke luar makan tengahari. Nur Jannah menolak. Wanda mendekati Nur Jannah dan bertanya apa yang Kamal mahu. Dia juga mengingatkan Nur Jannah untuk melawat Amina. Damia berlari masuk ke biliknya dan muntah. Damia menelefon Eddy untuk berjumpa. Perlahan-lahan dia menyentuh perutnya. Izaryl menegur Nur Jannah dan menyuruh Nur Jannah masuk ke biliknya. Wanda mengusik. Izaryl mengajak Nur Jannah makan tengahari. Nur Jannah menolak kerana sudah berjanji dengan Wanda untuk ke hospital melawat Amina yang sudah bersalin. Izaryl berkeras dan Nur Jannah terpaksa menurut. Damia bertemu dengan teman lelakinya. Damia menyuru..


Cinta Jannah Episode 18
Nur Jannah berjalan di tepi kolam sewaktu hujan renyai-renyai. Dia menyanyi kecil. Izaryl sedang menyiapkan menyiapkan kerja menggunakan laptopnya. Dia memberi amaran supaya berhati-hati. Nur Jannah tersenyum dan terus berjalan sambil menyanyi. Nur Jannah terpijak lantai yang licin dan terjatuh ke dalam kolam. Nur Jannah terkapai-kapai. Izaryl berlari dan terjun ke dalam kolam. Nur Jannah di tarik ke atas. Izaryl marah kerana Nur Jannah tidak mendengar nasihatnya dan bersikap seperti kanak-kanak. Nur Jannah ketakutan dan terketar-ketar kesejukan. Izaryl meminta maaf kerana memarahi Nur Jannah kerana dia tidak ingin kehilangan Nur Jannah. Izaryl menarik Nur Jannah ke dalam pelukan dan Nur Jannah menangis.


Cinta Jannah Episode 19
Nur Jannah memberitahu dia sudah bersedia untuk menjadi isteri Izaryl. Di meja makan mereka berbual dan bersembang. Izaryl telah membuka rahsia yang dia tidak pernah merogol Nur Jannah. Izaryl mula menceritakan apa yang terjadi malam Nur Jannah di ragut dan bagaimana dia tahu ada tanda lahir di betis Nur Jannah. Damia memegang perutnya yang makin membesar. Dia melihat di hadapan cermin. Izaryl memulakan kehidupan baru bersama-sama Nur Jannah. Izaryl turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur mencari Nur Jannah. Nur Jannah sedang asyik memasak. Izaryl merenung Nur Jannah sambil tersenyum. Nur Jannah terasa ada yang memandangnya dan terasa seram. Sambil memandang kiri dan kanannya dia membaca doa-doa yang dia ingat. Termasuklah doa makan. Izaryl yang mendengarnya ketawa. Nur Jannah berpaling dan terkejut melihatnya. Nur Jannah mula membebal. Rupanya rasa seram yang selalu di rasainya ketika sendirian bukanlah hantu rupa-rupanya Izaryl. Izaryl yang mendengar ketawa. Izaryl memberitahu...


Cinta Jannah Episode 20
Izaryl dan Nur Jannah solat berjemaah. Kemudian Nur Jannah mengaji. Izaryl membimbing Nur Jannah. Izaryl dan Nur Jannah melawat Amina di rumahnya. Izaryl kekok memegang bayi dalam dukungannya. Amina curiga kerana Nur Jannah dan Izaryl kelihatan mesra dan intim. Dalam kereta Izaryl asyik bercerita tentang anak Amina dan menyimpan niat untuk mempunyai anak sendiri. Datuk Khalid dan Datin Marina berbincang mengenai perkahwinan Izaryl dan Damia yang lama tertangguh. Tengku Marina berjanji dia akan menyatukan Nur Jannah dan Damia secepat mungkin. Pejabat sunyi ketika waktu rehat. Izaryl yang baru pulang dari makan bersama pelanggan mencuit pipi Nur Jannah yang sedang membuat kerja di mejanya. Wanda yang baru keluar dari pantri terkejut melihat Izaryl membuat ‘ flying kiss ’ kepada Nur Jannah. Damia dan Tengku Zareena ke villa Izaryl. Tengku Zareena menuduh Nur Jannah mandul kerana belum mengandung lagi walaupun sudah setahun berkahwin.


Cinta Jannah Episode 21
Nur Jannah mengemas meja Izaryl. Tengku Zareena masuk. Tengku Zareena mahu Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Tengku Zareena memberitahu Izaryl akan menjadi anak derhaka jika tidak patuh pada arahannya. Nur Jannah menangis. Izaryl menonton televisyen. Nur Jannah mahu mereka berbincang. Nur Jannah memujuk Izaryl supaya berkahwin dengan Damia. Katanya dia rela bermadu. Lagipun Tengku Zareena sukakan Damia. Izaryl bangun dan menuduh yang Nur Jannah tidak cintakan dia lagi. Damia dan Tengku Zareena ketawa kerana rancangannya akan berjaya. Izaryl tidur di ruang tamu. Nur Jannah di biliknya menangis. Izaryl bersiar-siar di ibu kota mencari ketenangan.


Cinta Jannah Episode 22
Nur Jannah memasak menu yang istimewa untuk Izaryl untuk kali yang terakhir. Air matanya mengalir. Izaryl masih termanung di pejabat. Dia malas mahu pulang ke villa. Izaryl masuk ketika Nur Jannah baru selesai solat. Nur Jannah menyidai telekung dan menghampiri Izaryl yang duduk di katil. Nur Jannah merenung wajah Izaryl yang keruh dan tidak terurus. Matanya berkaca. Nur Jannah mengambil tangan Izaryl dan menciumnya. Nur Jannah meminta maaf kerana telah memaksa Izaryl. Nur Jannah menangis. Izaryl memujuk dan memberitahu dia juga meminta maaf. Nur Jannah menangis dalam pelukan Izaryl. Nur Jannah merenung Izaryl yang sedang makan. Izaryl memberitahu mereka akan bercuti semperna meraikan ulangtahun perkahwinan pertama mereka. Izaryl bercerita tentang tempat yang akan mereka pergi sambil tersenyum. Nur Jannah menahan tangis. Matanya berkaca kerana memikirkan ini adalah kali terakhir dia melihat Izaryl tersenyum. Sepanjang malam Nur Jannah merenung Izaryl yang lena tidur.
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar