Janji Adam TV3 (2013)

24 September 2013 | 21:05


Drama terbaru di slot Azalea. Sinopsis Janji Adam TV3, bak kata pepatah air dicincang tak akan putus, Adam tak pernah berputus asa untuk cari adek bradeknya, si Asfar dan Raihana walaupun sudah lama terpisah, agak dalam 20 tahun la. Sewaktu si Adam umur 9 tahun, bapaknya, Zahari mati dibunuh, disebabkan Jeff mengesyaki Zahari mempunyai skandal dengan teman wanitanya, Laili yang merupakan pelanggan tetap teksi Zahari. faham tak guys. boleh la aa.. ok sambung. Mereka tak sangka penantian selama 20 tahun tu menuntut sebuah pengorbanan yang besaq. Ya soalan biasa pada perenggan akhir sinopsis, apakah yang akan berlaku pada Adam dan keluarganya? Bagaimana pula dengan kisah Adam dan Aishah? pulak mana datang si Aishah ni hehe..

Pelakon Janji Adam, Zul Ariffin, Elfaeza Ul Haq, Zoey Rahman, Zarina Zainordin dan ramai lagi.

Tonton online di www.tonton.com.my

Siaran Janji Adam
Episod 20 - 30/10/2013 - Akhir
Episod 19 - 29/10/2013
Episod 18 - 28/10/2013
Episod 17 - 24/10/2013
Episod 16 - 23/10/2013
Episod 15 - 22/10/2013
Episod 14 - 21/10/2013
Episod 13 - 17/10/2013
Episod 12 - 16/10/2013
Episod 11 - 11/10/2013 
Episod 10 - 9/10/2013
Episod 9 - 8/10/2013
Episod 8 - 7/10/2013
Episod 7 - 3/10/2013
Episod 6 - 2/10/2013
Episod 5 - 1/10/2013
Episod 4 - 30/9/2013
Episod 3 - 26/9/2013
Episod 2 - 25/9/2013
Episod 1 - 24/9/2013

Sinopsis Separa Penuh. hehe
Sebenarnya, sebagai seorang ayah, Zahari begitu tertib dalam mendidik anak-anaknya, terutama anak sulungnya, Adam. Zahari mahu memastikan Adam membesar sebagai seorang lelaki yang baik dan penuh dengan ciri-ciri tanggungjawab dalam dirinya supaya menjadi teladan baik kepada adik-adiknya, Asfar (7 tahun) dan Raihana (1 tahun).

Adam pula menjadikan ayahnya sebagai idola. Sebelum tragedi tersebut berlaku, Zahari sempat menitipkan satu amanat untuk menjaga ibu dan adik-adiknya sekiranya berlaku sesuatu kepadanya. Justeru, selepas ketiadaan Zahari sebagai tunggak keluarga, sebagai anak sulung, Adam sanggup mengharungi kesusahan bersama ibunya, terutama dalam menyelesaikan kemelut masalah arwah ayahnya. Asfar dan Raihana telah diserahkan kepada keluarga angkat. Adam juga berjanji dengan Zainab bahawa suatu hari nanti, dia akan membawa pulang Asfar dan Raihana.

Selepas 20 tahun, Adam telah bekerja sebagai seorang Illustrator dan tidak pernah melepaskan sebarang maklumat untuk menjejaki Asfar dan Raihana. Usaha Adam untuk mencari Raihana telah menemukannya dengan Asyhah, seorang penulis novel yang merupakan anak kepada pemilik syarikat penerbitan, Tuan Zaidi. Apa yang tidak dijangkakan ialah abang angkat kepada Ayshah, Asfar sebenarnya merupakan adik kandung Adam yang dicari-carikan selama ini. Asfar yang terasa terhutang budi kepada Tuan Zaidi dan Puan Yuhanis yang telah mendidiknya sejak kecil sehingga menjadi seorang yang berjaya tidak sampai hati melukakan hati keluarga angkatnya.

Ayshah tertarik dengan sikap lurus Adam dan kecekalannya yang tidak pernah berputus asa untuk mencari adik-adiknya. Justeru, Ayshah menawarkan bantuan untuk menolong Adam dan mereka sering berjumpa. Lama-kelamaan, Adam terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Ayshah. Keletah Ayshah yang gemar mengusik sering membuatkannya terhibur. Mereka mula menyulam kasih menerusi pertukaran puisi. Namun, Adam masih belum bersedia untuk meluahkan perasaannya terhadap Ayshah kerana mahu fokus kepada pencarian adik-adiknya.

Pertemuan Adam dengan adik perempuannya Raihana menerima tamparan yang hebat apabila Raihana secara terang memberitahu dia tidak akan kembali kepada Zainab yang sanggup membuangnya pada waktu kecil. Adam hanya mampu pulang ke kampung dengan hampa kerana Zainab semakin tenat.

Ayshah mula meragui identiti sebenar Asfar namun ayahnya, Tuan Zaidi membidas persoalannya dan telah mengarahkannya supaya menjauhkan diri daripada Adam. Ayshah yang kecewa dengan sikap degil ayahnya telah melarikan diri ke kampung Adam. Di sana, Ayshah membuat keputusan yang mengejutkan untuk menyamar sebagai Raihana kerana melihat keadaan Zainab yang sedang tenat. Kebaikan Ayshah disalah ertikan oleh Zainab apabila Raihana balik ke kampung.
Thanks guys :

+ komen + 17 komen

4 October 2013 23:53

Citer ni hari apa hingga hari apa

4 October 2013 23:55

boleh tgk tarikh tu refer calender ;-) isnin - khamis

7 October 2013 22:59

episod harini tak boleh tgk lagi ke kaze??

8 October 2013 00:18

ep hari ni ada masalah, dapat ep utk lak hehe advance..

8 October 2013 17:02

ahha... tgk dulu on9..lepas tuh tgk tv3 da taw da pasal ape... :D

12 October 2013 09:07

Assalamualaikum Kaze

Keoapa kau tak upload kat hotfile sebab apa guna aku beli hotfile untuk drama dan filem melayu dan aku tak guna kan. Ini tak adil kau upload kat zipshare. Orang lain nak jugak upload dalam host premium. Cuba kau jawab

12 October 2013 09:13

wsm. hehe Meh aku cuba jawab. Aku sibuk. hotf upload slow. Aku plan, free akan aku upload, tp dlm beberapa hari ni tak free, ada 2-3 projek (sideincome baru aku) belum siap lagi. Balik keje, pastu kene keluar jumpa client, dkt tgh malam, masa tak byk. Lain-lain alasan akan aku tambah hehe..

15 October 2013 20:34

Assalamualaikum Kaze

Episod 12 dan 13 tak ada ke. tolong upload terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

15 October 2013 20:43

wsm Root, slmt raya jgk, ep xde, ada telemovie raya.

23 October 2013 14:42

Assalamualaikum Kaze

episod 15 tak ada ke

23 October 2013 15:17

wsm.. oo tertinggal bas semalam.. orait updated.. tq Root

28 October 2013 21:25

Assalamualaikum Kaze

Lagi dua episod . Hari ini tak ada episod 18 ke ... Esok last episod. tolong upload terima kasih banyak banyak

28 October 2013 21:30

wsm Root, ep18 hari ni, ada, cuma sumber kaze ada masalah teknik skit.. ada je nanti kaze update.. bila? bila sampai waktunya ;-)

28 October 2013 21:39

Kaze

Kau jangan lambat sangat nanti mak haji kat rumah aku ni membebel dia kalau dia dah mula membebel pening kepala aku. Aku ni bangsa tak suka dileteri atau berleter kat orang. Aku ni kes direct tak suka cakap depan orang itu tak suka kau punya pasal. Sebab itu aku lebih suka berdiam diri aje .

28 October 2013 21:45

Root, aku senang je, kalau ada, aku share.. klu aku free, aku share.. Kalau belum share tu ada masalah la tu, klu bukan aku bz ada masalah sumber..
klu kat umah ko ada mak haji, kat umah aku jgk ada family members yg aku kene layan hehe.. anak2, wife.. ye tak? hehe...

29 October 2013 20:15

Assalamualaikum Kaze

Ada banyak lagi lah episod janji adam aku ingat kan sampai episod 19 aje. Jangan lupa upload episod terbaru.

30 October 2013 23:14

Asl ep terakhir vukan janji adam tetapi tentang ustaz berceramah pulak

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple