Sinopsis Love You Mr. Arrogant Episod 1 hingga Episod 14


Download dan tonton online

Love You Mr. Arrogant Episode 1 - 25/9/2013
Zaara buat pertama kalinya bertemu dengan Irham didalam satu kejadian kemalangan kecil telah berlaku sewaktu Zaara tergesa-gesa untuk kepejabat. Irham yang memandu kereta BMW dengan bersikap berlagak dan ego meminta rm 5000 kepada Zaara sebagai ganti rugi kerosakkan keretanya. Zaara yang telah break mengejut bagi mengelak dilanggar anjing(kucing) menyebabkan Irham telah melanggar belakang kereta Zaara, Zaara yang merasa bersalah dan tidak mampu membayar ganti rugi seperti yang diminta oleh Irham terpaksa mencagarkan handphone miliknya. Irham hanya memberikan tempoh selama sebulan sahaja kepada Zaara untuk membayar ganti rugi, situasi ini menyebabkan Zaara susah hati. Irham juga mempunyai masalah dimana dia terpaksa melayan Sherry yang menjadi harapan oleh Puan Sri Mariam ibu kepada Irham untuk dijadikan menantu.Irham tidak suka kepada Sherry yang berperwatakan gedik dan meterialistik.


Love You Mr. Arrogant Episode 2 - 26/9/2013
Zaara menerima panggilan telefon dari ibunya.Ibunya telah memberitahu tentang sms yang telah diterima.Zaara amat bengang terus datang ke pejabat Irham bekerja. Irham yang merupakan CEO disebuah syarikat ayahnya iaitu Tan Sri Zahir tiada dalam pejabat sewaktu Zaara datang. Zaara pulang kecewa dan bengang tetapi dia terlanggar dengan Tan Sri Zahir sewaktu tergesa-gesa keluar dari Lif. Zaara yang tak kenal siapa Tan Sri Zahir dengan penuh rasa hormat dan berbudi bahasa meminta maaf menyebabkan Tan Sri Zahir rasa selesa serta suka dengan perwatakkan Zaara yang dilihat sopan walaupun dalam “mood” marah. Irham yang merasa lucu dengan sms “anak makcik sedang mengandungkan anak saya” langsung tak merasa bersalah.


Love You Mr. Arrogant Episode 3 - 30/9/2013
Zaara terkejut besar bila Hajah Amina memberitahu yang Irham hendak masuk meminangnya. Zaara tidak tahu siapakah lelaki itu dan selama ini dia hanya dikawal ketat oleh keluarganya dan mengatakan dia tidak mempunyai kekasih dan bercinta pun tidak pernah, Hajah Amina juga memberitahu lagi yang Irham sendiri telah mengaku dia adalah kekasih Zaara. Zaara dengan Irham bertemu disebuah taman yang mana Zaara berniat untuk menyoal tentang hajat Irham untuk meminangnya tetapi Irham mempersoalkan kembali hutangnya sebanyak rm 5000, Zaara yang masih belum mampu membayar terpaksa menerima syarat Irham untuk berkahwin dengannya walaupun menganggap perkara itu tidak masuk akal. Zaara dipinang oleh keluarga Irham. Farizah(Fiz) kerhairanan kenapa bersetuju bertunang dengan lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang singkat Zaara hanya mendiamkan diri.


Love You Mr. Arrogant Episode 4 - 1/10/2013
Selesai memilih pakaian pengantin, Zaara hanya berdiam asyik teringatkan gadis seksi(sherry) yang bersama Irham semasa dibutik, Zaara melangkah keluar dari butik itu dan berkata sendiri mengapa Irham memilih dia, tidak memilih si gadis seksi itu, Irham mengajak Zaara untuk makan tengah hari bersama-sama untuk Irham mengembalikan hendphonenya yang telah diberikan kepada Irham. Faisal bertemu Zaara, Faisal bertanyakan tentang pertunangannya. Faisal yang memendam perasaan pada Zaara dalam diam, bertegas supaya menerima dia dan putuskan pertunangan dengan Irham. Irham muncul untuk selamatkan Zaara dari diganggu oleh Faisal yang selama ini cuba menghalang perkahwinannya.


Love You Mr. Arrogant Episode 5 - 2/10/2013
Pada malam berinai Zaara langsung tidak merasa apa-apa sebaliknya Zaara merasakan sedih untuk menamatkan zaman bujangnya. Hajah Amina hanya memberikan nasihat dan berpesan supaya Zaara bersabar menempuhi semuanya kerana semua ini sudah jodoh Zaara dengan Irham. Zaara menitiskan airmatanya apabila mendengar nasihat dari ibunya kerana merasakan ianya adalah nasihat terakhir dari ibunya kerana selepas ini Zaara akan menjadi tanggungan suaminya iaitu Irham. Fiz cuba untuk menenangkan Zaara yang sedang diselubungi resah gelisah semasa hari pernikahannya. Didalam masjid Zaara mengomel menyampah melihat Irham yang buat selamba dihadapan jurunikah. Zaara dan Irham sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz oleh Irham.


Love You Mr. Arrogant Episode 6 - 3/10/2013
Irham berjalan malas kearah biliknya. Tak pernah seawal ini dia bangun, baru sehari berkahwin dia telah pun memecahkan rekod bangun awal kerana sebelum ini dia tidak pernah bangun untuk solat subuh. Irham berhenti didepan pintu melihat Zaara terlelap dan mengejutkan Zaara untuk bangun, Zaara bangun menggaru-garu kepalanya dan menggosok matanya dan bangun dari tempat duduknya. Irham juga mengingatkan Zaara tentang hanya dia dan Irham saja yang tahu yang mereka tidak bercinta. Zaara bersarapan bersama ahli keluarga Irham yang lain. Zaara masih malu-malu untuk duduk bersama apabila dipelawa oleh Tan Sri Zahir barulah Zaara duduk.


Love You Mr. Arrogant Episode 7 - 7/10/2013
Zafrina(Kakak Irham) mempersoalkan bagaimana Zaara dan Irham bertemu, Zaara yang tergagap jawab soalan dari Zafrina, dan mengatakan Zaara bukan selera Irham. Irham merungut marah kepada kakaknya apabila mendengar kakaknya berkata begitu kepada Zaara. Tan Sri Zahir menyoal kepada Irham berkenaan insiden tadi. Tan Sri Zahir Menyuruh Irham diperkenalkan Zaara kepada ahli keluarga yang lain. Irham kelihatan gelisah dengan perkahwinannya dengan Zaara, dia beranggapan berkahwin adalah sesuatu yang mudah rupanya tidak dan sangat menyusahkan apabila berkahwin dengan wanita yang tidak dicintainya. Hadry yang melihat Irham resah dipejabatnya pergi menemui Irham dan memberi nasihat supaya bersabar dengan semua yang dilalui. Hadry mempersoalkan juga kenapa Irham memilih Zaara sedangkan dia tahu yang Puan Sri Maryam lebih suka pada Sherry.


Love You Mr. Arrogant Episode 8 - 8/10/2013
Fiz menelefon Zaara bertanyakan khabar Zaara bagaimana dia dengan Irham Zaara menarik nafas panjang dan menceritakan hal pergaduhannya dengan Sherry. Irham masuk kebilik dan bertanyakan kepada Zaara siapa yang telefon dia, Zaara mengatakan Fiz yang telefon, dan Zaara meminta izin dari Irham untuk berkerja semula, Irham dengan marah membenarkan Zaara untuk kembali berkerja semula pada keesokan harinya, gembiranya Zaara rasakan kerana dia dapat keluar dari rumah yang dirasakan seperti kurungan. Zaara tersedar dari tidur, Zaara mengeliat dan menggosok matanya dan terus mengejutkan Irham disebelahnya untuk bangun kerana sudah pagi, Irham marah menutup mukanya dengan bantal. Zaara geleng kepala melihat Irham buat begitu dan terus turun ke bawah.


Love You Mr. Arrogant Episode 9 - 9/10/2013
Selepas selesai kerja Zaara pulang semula kerumahnya hanya seketika tetapi suaminya datang menjemput seolah-olah tidak boleh beranggang dengan Zaara, itulah yang di usikkan oleh Fiz. Zaara terpaksa ikut kehendak suaminya untuk pulang kerumah tetapi dengan kereta masing-masing. Dalam perjalanan pulang, Zaara telah berhenti disebuah pasar malam yang mana Irham terpaksa pulak ikut kehendak isterinya untuk makan ayam percik. Disinilah Irham cuba menyentuh tangan Zaara sewaktu melintas jalan tetapi dengan penuh lagak membuatkan Zaara merasa tak selesa dan kehairanan (sayang jugak dia dekat aku). Irham pants mengajak Zaara pulang kononnya tak selesa dengan suasana di pasar malam yang berhabuk serta orang ramai tak layak dengan dirinya yang dikatakan “high class”.


Love You Mr. Arrogant Episode 10 - 10/10/2013
Zaara terselamat pada malam itu. Di siang hari Zaara dengan rutin harian membasuh keretanya tetapi Irham dengan berlagaknya memerintah Zaara membasuh keretanya pula. Zaara yang bengang tetapi dia basuh juga bila Irham mengugutnya untuk meragut dara Zaara yang sememangnya menjadi tanggungjawab Irham tetapi Zaara belum bersedia kearah itu. Tan Sri Zahir yang menonton gelagat anaknya bergurau senda bersama Zaara menarik minatnya dan tersenyum sendirian tetapi berbeza dengan Puan Sri Maryam yang tak suka dengan sikap Zaara yang tak setaraf dengan anaknya. Zaara meminta izin untuk keluar bersama Fiz, tetapi Irham tidak mengizinkan malah dia pula nak ikut.


Love You Mr. Arrogant Episode 11 - 14/10/2013
Hadry yang mula bekerja dengan Zaara sering memuji Zaara dan dia mula memberanikan diri mengaku yang dia sememangnya dah jatuh hati kepada Zaara sedangkan dia telah tahu Zaara telah berkahwin dengan Irham. Zaara hanya kaku mendengar soalan Hadry bila ditanyakan tentang adakah dia bercinta dengan Irham.Zaara terpaksa mengaku sejujurnya dia masih belum mencintai Irham tetapi berusa kearah itu kera Irham telah pun menjadi suaminya. Zaara mempersoalkan tentang kenapa Hadry bekerja makan gaji di syarikat orang lain dan bukan di Syarikat keluarga sendiri, Hadry memberitahu yang dia mahu mencari pengalaman luar dan kini terjawablah segala persoalan yang bermain difikiran Zaara tentang “pengintip”.


Love You Mr. Arrogant Episode 12 - 15/10/2013
Zaara tidur dibawah, tetapi Irham menyuruh Zaara tidur diatas katil sehingga kaki Zaara sembuh.Di sini Zaara mula merasa terharu melihat Irham yang sememangnya baik hati tetapi masih bersikap berlagak melayannya. Irham kehairanan melihat Zaara yang tiba-tiba menangis dan memeluk dirinya dengan meminta maaf.Rupa-rupanya Zaara bermimpi dan telah meracau-racau merasa bersalah tentang dirinya yang dianggap telah curang. Irham tak sedar yang dia telah tidur bersama-sama Zaara semalaman.Zaara yang masih tidur telah memperlihatkan tangannya yang lebam seperti diragut dengan kuat secara tidak sengaja. Ini membimbangkan Irham tetapi Zaara terus merahsiakan apa yang dah terjadi.Irham mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri.


Love You Mr. Arrogant Episode 13 - 16/10/2013
Irham muncul dirumah Faisal dan menyerang Faisal untuk menyoal apa yang telah berlaku.Faisal tak mengaku apa yang telah terjadi.Dalam pergelutan itulah Faisal melepaskan dirinya mengatakan Zaara bukan perempuan yang baik. Irham terkejut bila mengetahui yang Zaara ada hubungan sulit dengan Hadry. Irham merenung gambar Zaara dan mula bermain persoalan difikirannya tentang hubungan cinta Zaara adakah dengan lelaki lain. Pelbagai persoalan yang bermain difikirannya serta menganggap kenapa harus dia menghalang Zaara bercinta dengan orang lain dan adakah Hadry cinta Zaara.


Love You Mr. Arrogant Episode 14 - 17/10/2013
Irham kelihatan tak selesa dengan rumah kampung tambahan pula katil yang beralaskan tilam nipis,tetapi disebabkan keletihan dia tertidur juga diatas katil yang pada mulanya dia tak suka. Zaara yang melihat suaminya tidur merasa terharu kesungguhan Irham mencari tukang urut kampung. Sewaktu sesi mengurut bersama tukang urut kampung Zaara meminta Irham menemaninya. Zaara yang mengerang kesakitan sewaktu diurut berpegangan tangan dengan Irham, sedikit sebanyak mula timbul rasa cinta.Selesai mengurut, Zaara dinasihatkan agar tinggal dikampung selama seminggu untuk sesi lanjutan mengurut, ini membuatkan Irham keberatan hendak meninggalkan Zaara sendirian di kampung, tetapi dia terpaksa membuat keputusan untuk pulang ke KL sendirian dengan sikap berlagaknya yang masih belum terkakis.
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar