Sweetheart Fantasia hanya di TONTON


Sebuah lagi siri web “SweetHeart Fantasia” hasil kerjasama bersama SILKYGIRL dan SG Men dengan Tonton yang akan ditayangkan mulai 11 November 2013 (hari ni la). Siri web ini diinspirasikan daripada dua jenama haruman terkenal SILKYGIRL dan SG Men iaitu SweetHeart dan Fantasia EDT.

Siri web 13 episod dengan durasi 5 minit setiap satunya menampilkan duta bintang SILKYGIRL, Emma Ma’embong bersama wajah SG Men, Syarul Ridzwan yang juga merupakan seorang actor yang kini sedang meningkat naik. Berlatar-belakang kotaraya Kuala Lumpur, siri romantik ini berkisar percintaan di antara Julia dan Jimmy yang harus menempuh pelbagai rintangan serta dugaan dalam menerima diri masing-masing. Menerusi “SweetHeart Fantasia”, Emma Maembong memegang watak sebagai Julia Jane, seorang aktres baharu yang pernah gagal dalam percintaan sebelumnya sehinggalah dia bertemu dengan Jimmy Daeng (lakonan Syarul Ridzwan), seorang jejaka yang baru menceburi bidang pengarahan filem dalam industri hiburan Malaysia.

“Kami sangat berbangga dapat bekerjasama bersama Tonton dalam menghasilkan siri web yang begitu menarik, dan pastinya penonton akan terhibur dan terpesona dengan aksi yang ditayangkan menerusi siri ini. Siri web ini yang ditampilkan bersama haruman SILKYGIRL dan SG Men; memperlihatkan hala tuju kami yang mahu meletakkan posisi haruman dalam cara baru yang lebih segar dan unik untuk pelanggan yang sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini,” menurut En. Ng Chee Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Cosmetic Group.

Tambah En. Ng lagi, “SweetHeart dan Fantasia EDT merupakan sebahagian daripada Siri Romantik dalam rangkaian haruman SILKYGIRL dan SG Men, dan kami mahu membawa ‘kesegaran’ haruman hebat ini kepada para pelanggan. Ini adalah peluang terbaik dalam menggabungkan 2 aktor paling berbakat di Malaysia dalam sebuah drama percintaan.”

“Kami sangat teruja apabila Tonton dipilih sebagai platform digital untuk tayangan siri web ini oleh Alliance Cosmetic Group. “SweetHeart Fantasia” pastinya menjadi kandungan eksklusif terbaik untuk tontonan 3.3 juta pengguna berdaftar di Tonton menerusi kesemua peranti elektronik mudah-alih,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Digital.

TARIKH: 11 NOVEMBER – 23 DISEMBER 2013

BILANGAN EPISOD: 13
DURASI: 5 MINIT
GENRE: KOMEDI ROMANTIK
PELAKON: EMMA MA’EMBONG & SYARUL RIDZWAN
BAHASA: BAHASA MALAYSIA & INGGERIS

“Sweetheart Fantasia” turut memperkenalkan elemen interaktif buat penonton menerusi beberapa siri peraduan mini sebelum ini. Peminat telah menyertai ujibakat bersama Emma dan Syarul untuk watak lakonan dalam siri web ini. Sepuluh peminat bertuah telah dipilih dan ditampilkan sebagai pelakon dalam kesemua episod siri ini. Selepas tayangan episod akhir kelak, penonton berpeluang memilih ‘Aktor/Aktres Pembantu Terbaik” yang akan memenangi hadiah tunai serta barangan SILKYGIRL dan SG Men.

Bermula 11 November ini juga penonton turut berpeluang memenangi barangan daripada SILKYGIRL dan SG Men, apabila menjawab dengan tepat soalan yang dipaparkan di akhir tayangan setiap episod web.

Tonton online hanya di www.tonton.com.my

Siaran Sweetheart Fantasia, hari Isnin dan Jumaat saje.
Episod 13 - 23/12/13 Tamat
Episod 12 - 20/12/13
Episod 11 - 16/12/13
Episod 10 - 13/12/13
Episod 9 - 9/12/13
Episod 8 - 6/12/13
Episod 7 - 2/12/2013
Episod 6 - 29/11/2013
Episod 5 - 25/11/2013
Episod 4 - 22/11/2013
Episod 3 - 18/11/2013
Episod 2 - 15/11/2013
Episod 1 - 11/11/2013
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar