Sinopsis Ariana Rose: Episod 1 hingga Akhir

25 December 2013 | 10:46

Arina Rose

Download Arina Rose Akhir

Ariana Rose Episode 1
Tengku Adam duduk tidak jauh dari bakal isterinya Juwita dan dia menantikan dengan tenang detik untuk dinikahkan. Tengku Adam ternampak seorang perempuan yang cantik dan hamil masuk ke dalam ruang tamu rumah.


Ariana Rose Episode 2
Adam tidak lena tidur memikirkan siapakah perempuan yang cantik yang datang pada hari pernikahannya dengan dua pupunya Juwita itu. Hilmi, pengawal peribadinya dikerahkan untuk mencari maklumat perempuan misteri itu.


Ariana Rose Episode 3
Ariana ketakutan tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa bila Tengku Adam arahkan Ariana masuk ke dalam Hummernya. Ariana sedar kini dia diculik dan macam macam kemungkinan bremain di fikirkannya.


Ariana Rose Episode 4
Masih di Cameron Highland, Ariana bermain dengan perasaan sendiri bagaimana dia boleh hamil sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh lelaki. Adam pula sedang mengira2, siapa wanita yang ditidurinya 3 bulan lepas.


Ariana Rose Episode 5
Ariana menangisi dan menyesali perbuatannya sendiri yang menyebabkan perkara ini terjadi kepadanya. Adam pula menyalahkan Ariana dan kata Adam, Ariana yang mulakan permainan ini.


Ariana Rose Episode 6
Ariana kini menumpukan tugasnya di pejabat terutamanya untuk persiapan Majlis Makan Malam Amal untuk Anak Yatim Dato; Seri Zahra. Pada masa lain pula, Adriana laukan aktiviti lain demi mengisi masa lapangnya.


Ariana Rose Episode 7
Ariana terkejut dengan kehadiran Adam dan dia bertindak agresif untuk lindungi dirinya. Selepas berjaya selamatkan dirinya dari Adam, Ariana bermalam di rumah rakannya, Lailatul.


Ariana Rose Episode 8
Memang Ariana Rose. Perbualan Ariana Rose dengan Faizul membuatkan Adam rasa geram. Dia yang memang kaki betina tahu sangat cara lelaki nak mengayat perempuan.


Ariana Rose Episode 9
Adam curi dengar perbualan Ariana dan ibunya dan bila Datin Asra tanyakan kalau2 yang jawab itu adalah boyfriendnya, Ariana nafikan. Malah Ariana jelaskan yang Adam adalah budak cacat akal yang baru mendaftar. Tersentap Adam.


Ariana Rose Episode 10
Ariana terpaksa akur bila Adam bawanya ke Ritz carlton. Ariana lagi rela ke sana dari pergi ke kondo Adam. Tetapi Ariana gabra jugaklah bila melihat makanan yang diorder oleh Adam.


Ariana Rose Episode 11
Adam kagum melihat semangat Ariana yang mahu selamatkan Linda. Sehabis kes di balaipolis, Hilmi dan Dolman diminta untuk lindungi Linda. Ariana rasa terhutang budi. pada masa yang sama,Adam buat perbandingan dengan dirinya yang sangat beruntung.


Ariana Rose Episode 12
Ariana memohon cuti kerana perlu pulang ke kampung pada hari Jumaat nanti. Harith pula mengajaknya untuk menghadirkan diri ke majlis makan malam amal pada hari rabu dan menawarkan diri untuk menjemput Ariana di rumahnya nanti.


Ariana Rose Episode 13
Semasa menghadiri majlis makan malam yang diajak oleh harith, Harith telah perkenalkan Ariana sebagai datenya kepada Ramzul dan Liyana. Semasa di majlis tersebut barulah Ariana sedar yang dia adalah gadis pertama yang dibawa oleh Harith ke Majlis.


Ariana Rose Episode 14
Tengku Adam bagaikan hilang pertimbangan dan menuduh Ariana sebagai perempuan yang paling hina kerana menjadi perempuan Ramzul, perempuan Harith.


Ariana Rose Episode 15
Di airport, Encik Hussin risau bila melihat keadaan Ariana yang cedera dan melihatkan reaksi Ariana, Encik Hussin tahu yang Ariana bermasalah. Malah Ariana juga memaklumkan yang dia akan menetap di Kelantan selepas ini.


Ariana Rose Episode 16
Tengku Mukhriz yang memang dah tahu galak sakat tengku Adam, “Iya, dengan Roselah ni”. Sebaliknya Tengku Adam jelaskan yang Ariana rose adalah anak kepada seorang peniaga pasar malam dan Ariana juga adalah seorang kerani biasa,


Ariana Rose Episode 17
Selesai majlis, Ariana berkenalan dengan keluarga tunangnya. Dia gembira kerana mereka baik. Bakal ibu mertuanya pula mahu Ariana panggilnya mummy sahaja.


Ariana Rose Episode 18
Tengku Adam cuba pancing maklumat daripada Hidayu dan daripada itu tahulah dia yang Ariana ada 2 number. Bagaimanapun, dari pancingannya itu juga Tengku Adam dapat korek yang Ariana baru sahaja bertunang.


Ariana Rose Episode 19
Ariana ke pejabat untuk serahkan dokumen kepada pihak pengurusan. Ramai rakan terkejut melihat perubahan Ariana dan tetapi Ariana maklumkan yang dia sudha memilih untuk berhijrah dan membuat persediaan untuk berkahwin.


Ariana Rose Episode 20
Thoriq nasihati tengku Adam supaya bertaubat dan beritahu rakannya supaya pergi ke Mekah. Tengku Adam bersetuju dan dia juga tidak mahu buat Ariana bencinya dengan ugutan lagi. Tanpa banyak fikir, tengku Adam bersetuju.


Ariana Rose Episode 21
Tengku Adam beritahu keluarganya yang dia akan sampai ke Malaysia dalam masa 20 hari lagi kerana dia mahu sucikan dirinya sebelum masuk kea lam rumahtangga. Pada masa itulah Puan Sri Lisdania risaukan kalau-kalau Adam benar benar tidak mahu kahwin.


Ariana Rose Episode 22
Pagi esoknya, Tengku Adam sudah bersiap untuk pergi kerja. ketika menuruni tangga, Tengku Adam tersentak bila melihat gambar yang tergantung di dinding. Dia kenal wanita yang dikelilingi oleh ayah dan ibunya..Ariana Rose.


Ariana Rose Episode 23
Selepas perolehi number Adam Mukhriz, Ariana beranikan diri untuk hubungi tunangnya itu. Tengku Adam terkejut bila terima panggilan dari Kelantan dan orang yang hubunginya tidak panggilnya dengan gelaran Datuk atau Tengku.


Ariana Rose Episode 24
Ariana semakin berdebar menunggu hari pernikahannya tetapi pada masa yang sama dia semakin kerap pula bermimpi Tengku Adam Kamil. Ariana tidak tahu apakah maksudnya dan dia kerap menunaikan solat tahajud dan istikharah.


Ariana Rose Episode 25
Hari pernikahan Ariana berdebar kerana pada malam ini dia akan menjadi isteri kepada Adam Mukhriz. Siapapun Adam Mukhriz, Ariana redha kerana dia sudah jatuh cinta dengan bakal suaminya itu semasa mereka berbual di telefon lagi.


Ariana Rose Episode 26
Ariana dan tengku Adam menghadiri majlis resepsi yang telah dirancang rapi semenjak 3 bulan lepas.Selepas acara potong kek, tengku Adam dan Ariana turun untuk bersalaman dengan para tetamu. Tetapi ketika mereka sedang bersalaman itu,


Ariana Rose Episode 27
Selepas Adam pergi ke pejabat, Ariana teringat yang dia masih ada barang barang di kondonya. Oleh kerana keretanya ada di kondo, Arian minta tolong Pak mat untuk hantarkan dia ke sana.


Ariana Rose Episode 28
Ariana Dan Tengku Adam kini berbulan madu di Bath dan Tengku Adam mahu Ariana mengenalinya dan menerimanya seadanya. Bagaimanapun ketika mereka di London, Samuel telah datang menemui Tengku Adam kerana Samuel ada berita.


**Sinopsis akan diupdate dari masa kesemasa..
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple