Sinopsis Playboy Itu Suami Aku Episod 14 hingga 24

03 December 2013 | 09:39


Dload PISA E01-Akhir

Playboy Itu Suami Aku? Episode 14
Di dalam kereta Puan Sri tersentak apabila Afina bertanya kepadanya bagaimana dirinya boleh berkahwin dengan Adrian. Menurut Puan Sri jawapan kepada persoalan itu hanya ada pada diri Afina sahaja. Apapun menurut Puan Sri mereka berdua mempunyai misi yang sama iaitu mahu menarik Adrian keluar dari dunia gelapnya. Dan atas dasar itulah Afina menerima kerja sebagai PA Adrian dahulu. Puan Sri merayu kepada Afina untuk kembali menjadi PA Adrian sekali lagi. Afina terkejut, selepas itu barulah dia faham ‘PA baru’ yang di sebutkan Puan Sri pada Adrian adalah dirinya sendiri. Puan Sri membawa Afina untuk bersarapan di sebuah coffee house mewah. Ketika dia mahu ke tandas dia telah terlanggar Dalia, seorang lagi girlfriend Adrian. Dalia kenal Afina sebagai PA King. kemudian Dalia dengan gediknya berlagak menyuruh Afina mengangkat glassesnya yang terjatuh ke lantai. Afina bengang, dia tidak angkat sebaliknya menendang glasses itu ke arah Dalia.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 15
Adrian menarik Afina masuk ke dalam biliknya dengan wajah masam. Kemudian kedengaran dia seperti bertekak dengan Puan Sri di telefon kerana dia kecewa Puan Sri janji nak berikan PA yang baru. Dia tidak mahu Afina bekerja di situ. Selepas terpaksa mengalah dengan Puan Sri, Adrian serang Afina pula. Dituduhnya macam-macam kononnya Afina baik dengan mummy dia semata-mata mahu mengikis harta keluarga mereka. Mereka berdua bertegang leher masing-masing tidak mahu mengalah. Adrian pula bertambah bengang kerana Afina kini sudah pandai melawan. Kalau dahulu hendak dengar suara pun susah. Pertengkaran mereka di bawa sampai ke rumah. Ada sahaja perkara yang menimbulkan pertengkaran pada mereka. Adrian pula sengaja mahu memalukan Afina dengan mengatakan yang dahulu Afina selalu menggodanya. Afina sakit kepala untuk ingat semua itu tetapi dia membalas kembali kalau dia cuba goda Adrian sekalipun tidak kisahlah sebab diakan isteri Adrian. Ketika itu Adrian hilang kata-kata.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 16
Pagi itu Afina tersedar dari tidurnya apabila telefonnya tidak henti berdering. Dia tengok jam baru pukul 6 pagi. Afina terpaksa mengangkat panggilan itu kerana di skrin tertera nama mummy. Sebaik angkat telefon terus Puan Sri tanya samada Adrian dah bangun dari tidur atau belum. Afina yang tengah mamai pula terus je jawab tak tahu. Ketika itu Puan Sri terkejut dan hampir sahaja bocor rahsia yang mereka tidak tinggal sebilik. Menyedari kesilapannya, Afina cepat-cepat memberitahu dia nak check Adrian dalam bilik air dan akan telefon Puan Sri semula. Puan Sri hanya nak pastikan Adrian pergi meeting pagi itu kerana Adrian selalu tidak mahu pergi meeting di tempat jauh. Afina terpaksa masuk ke bilik Adrian. Dia lihat Adrian tiada di katil. Dia mahu menjengah ke bilik air dan ketika itu Adrian pun keluar. Adrian marah sebab Afina masuk ke biliknya namun dia semakin terpikat pula apabila melihat rambut Afina yang sudah panjang. Sebelum ini Afina lebih banyak berkurung di bilik.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 17
Adrian asyik moody sahaja sepanjang di office. Dia teringatkan hubungan mesra Afina dengan Fahmi. Sekejap-sekejap dia tekan interkom suruh Afina masuk ke biliknya. Ada sahaja yang disuruh Afina buat. Dia suruh Afina kemaskan fail sedangkan semua fail sudah tersusun. Kemudian dia suruh Afina vakum dalam biliknya padahal itu semua kerja cleaner. Afina ikut je arahan Adrian, malas nak bertekak. Sebenarnya semasa Afina buat kerja, Adrian akan mencuri pandang ke arah Afina. Ketika Afina sedang berehat di mejanya, Fahmi datang dengan membawa sekeping sampul surat. Di dalamnya ada beberapa keping gambar kandid Afina semasa konvo tempoh hari. Fahmi kemudiannya bertanya kepada Afina samada Afina sudah mempunyai boyfriend atau belum. Afina mahu menjelaskan yang dia sudah beristeri tetapi belum sempat dia habis cakap, seorang staf datang memanggil Fahmi.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 18
Afina bersarapan seorang diri di cafe syarikat mereka. Ketika dia bangun dari kerusi, dia bertembung dengan Adrian. Mereka berdua terpaku. Menyedari ada beberapa orang lelaki menjeling-jeling ke arah Afina, Adrian pun segera memegang tangan Afina. Mereka berjalan beriringan menuju ke lif untuk ke pejabat. Afina mahu menarik tangannya tetapi di pegang kemas oleh Adrian. Adrian memberi alasan yang Tan Sri sudah pulang dari Jepun dan masuk office hari ni jadi dia tidak mahu Tan Sri nampak mereka seperti anjing dan kucing. Ketika menunggu lif, Fahmi nampak hubungan mesra Afina dan Adrian dan ketika itu Afina berharap yang Fahmi dapat menerima statusnya sebagai isteri Adrian dan tidak lagi mengganggunya. Sampai di atas, kak Hajar tidak henti-henti mengusik Afina kononnya dia nampak Afina dan Adrian berseri-seri seperti baru berkahwin.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 19
Kejadian di pejabat Datuk Hashim menjadi trauma pada Afina. Dia selalu meracau dalam tidur dan Adrian akan memeluk dia dan mententeramkan dia. Adrian berasa sangat bersalah di atas apa yang telah berlaku. Situasi sebegitu sebenarnya telah menambahkan rasa kasih sayang antara mereka cuma masing-masing takut untuk mengakuinya. Selagi Afina tidak masuk pejabat, selagi itu juga Adrian tidak sedap hati mahu ke pejabat. Di rumah, Tan Sri menyuruh Puan Sri pergi melawat Afina kerana Adrian beritahu Afina tidak sihat dan alasan itulah dia juga tidak pergi kerja. Keesokkan harinya, Puan Sri pun melawat Afina di rumah, ketika itu Adrian keluar membeli makan. Afina merahsiakan apa yang telah terjadi dan memberitahu yang dia hanya demam biasa. Puan Sri pula spontan pegang perut Afina, meneka kalau-kalau Afina mengandung. Menurut Puan Sri, dia perasan yang Adrian sudah berubah sedikit. Tidak ada lagi girlfriend-girlfriendnya yang datang ke rumah atau mencarinya di pejabat seperti dahulu.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 20
Afina mengalami luka di bahagian dahi dan terpaksa tinggal seminggu di wad. Tanpa sesiapapun tahu sebaik sahaja Afina sedar dia sudah pulih sepenuhnya dari amnesia. Menurut Dr. Fadhil ini adalah sesuatu yang menakjubkan dan terjadi dengan kuasa Allah kerana dia sendiri tidak menyangka Afina akan pulih secepat ini. Bagaimanapun Afina meminta Dr. Fadhil merahsiakan perkara itu dari semua ahli keluarganya. Afina mula mengingat kembali bagaimana dia boleh berkahwin dengan Adrian. Jawapan yang hanya ada pada dirinya sahaja. Semuanya bermula ketika dia mendapat tahu Adrian adalah pemilik kepada ketiga-tiga rumah anak yatim yang Cinta Florist dapat tender untuk hantar hamper. Ketika itu kak Sal, pengetua rumah itu yang memberitahu. Menurut kak Sal, Adrian seorang yang amat penyayang. Dalam seminggu dia akan pastikan dia melawat rumah itu sebanyak tiga kali dan anak-anak di situ sangat sayangkan dia.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 21
Afina mula resah apabila botol yang selalu dia tanam tidak berada di situ. Puas dia menggali di serata kawasan itu tetapi tidak juga jumpa. Afina kemudiannya bertanya kepada orang di situ samada air laut pasang sehingga mengubah kedudukan pasir di situ tetapi tidak juga. Ketika Afina sampai di apartment, dia melihat ada tiga pasang kasut di luar pintu. Apabila menjenguk ke dalam ada Zack dan Sam. Namun begitu wajah Adrian kelihatan masam. Afina terus berjalan masuk ke dalam bilik tanpa pedulikan mereka. Ketika hendak masuk ke bilik dia terdengar yang Zack merungut pada Adrian apabila ramai wanita mengadu dengannya sebab Adrian sudah tidak mahu melayan mereka. Adrian menjawab yang dia sudah tidak berminat. Dari situ Afina sudah boleh mengakui yang Adrian telah berubah sedikit dari tabiat lamanya. Sam kemudiannya meneka yang jangan-jangan Adrian sudah jatuh cinta dengan Afina? Adrian hanya mendiamkan diri.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 22
Adrian menceritakan siapa sebenarnya Sarah dan bagaimana dia boleh berubah menjadi seorang buaya darat. Adrian juga memberitahu yang dia sebenarnya telah jatuh cinta pada Afina sejak Afina sedar dari koma namun ketika itu dia merasakan yang dia tidak layak pula untuk perempuan sebaik Afina. Jadi dia tidak berani untuk berterus terang. Adrian juga tahu yang Afina pula telah jatuh hati dengannya sejak di awal perkahwinan mereka lagi. Apabila di tanya bagaimana dia tahu? Adrian menunjukkan botol yang Afina tanam. Afina terkejut dan malu sangat jika Adrian dah baca semua nota-nota dia. Pulang ke apartment pula, Puan Sri, Tan Sri, Dila dan Mizara telah ada di situ untuk buat surprise sempena birthday Adrian. Adrian sendiri buat pertama kali dalam hidup terlupa dengan tarikh birhday dia sebab asyik kejar cinta Afina. Puan Sri pula bersyukur apabila melihat Adrian dan Afina telah bahagia dan romantik. Ketika Puan Sri dan Tan Sri mahu pulang, Dila mengambil keputusan untuk bermalam di situ.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 23
Afina duduk di mejanya sambil menangis. Bayangan cuba diperkosa oleh Datuk Hashim menganggu fikiran membuatkan dia sedikit trauma. Kak Hajar membantu Afina untuk bertenang.


Playboy Itu Suami Aku? Episode 24
Adrian yakin Dalia yang menghantar bunga kepada Afina dengan rancangan supaya Adrian curiga pada Afina. selepas Dalia keluar dari Cinta Florist, Adrian terus masuk ke dalam dan bertanya adakah perempuan itu yang menjelaskan bil bunga untuk Afina?

P/S: guys jgn ikut sgt no episod tu, kaze kutip kt tepi web je ni...
Thanks guys :

+ komen + 2 komen

19 December 2013 11:09

episode 23 lah yang episode 24

19 December 2013 11:12

nampak tak mesej PS kaze tu, awal2 lg lotak hehe

Post a Comment

Sila komen dengan tertib yer, terima kasih ;-)

 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2013 #Kepala Bergetar
Template Edited by
Proudly powered by KazeTech | Make It Simple