Jika Itu Takdirku, Akasia TV3 (2014)

youtube jika itu takdirku

Updated: Salam guys. Drama Jika Itu Takdirku akan menggantikan Ariana Rose bermula pada Isnin 17/2/2014 di slot Akasia TV3. Jika Itu Takdirku ni BUKAN adaptasi novel. Lakonan Intan Ladyana, Shah Iskandar, Shukri Yahya, Azwan Kombos, Adiba Yunus.

Sinopsis

Jika Itu Takdirku menceritakan tentang Hakimi (Shah Iskandar) yang menghidap amnesia selepas kemalangan jalan raya enam tahun yang lepas. Hakimi rapat dengan Dr. Hamza (Arash Mohd) yang merawatnya. Suatu hari, apabila Dr Hamza menjemput Hakimi makan malam di rumahnya, Hakimi tertarik dengan gambar anak Dr Hamza iaitu Umairah (Intan Ladyana) yang juga seorang doktor. Walaupun Hakimi tidak mempunyai sebarang ingatan tentang Umairah, namun dia telah jatuh cinta dan bertindak untuk melamarnya sebagai isteri. Dr Hamza dan isterinya, Puan Zainah menerima baik lamaran Hakimi. Umairah bingung dengan tindakan Hakimi kerana hakikatnya mereka berdua mempunyai kisah silam yang telah meninggalkan sejarah hitam dalam hidup Umairah. Umairah tidak pasti jika Hakimi hanya mahu mempermainkannya atau mempunyai muslihat lain. Kisah silam itu juga telah menyebabkan Umairah menjadi seorang yang pendiam dan pintu hatinya sukar terbuka untuk mempercayai cinta lagi.

Akhirnya, Umairah setuju sebab dia masih lagi menyayangi Hakimi dan mereka telah ditakdirkan bersama selepas musibah yang terjadi pada 7 tahun lepas. Umairah sering terganggu dengan kenangan pahit dan menjauhkan diri daripada Hakimi. Hakimi tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Umairah dan memberi ruang kepada Umairah untuk menyesuaikan diri dan mencintainya seperti pasangan suami isterinya. Hakimi terserempak dengan Azri (Shukri Yahaya), seorang kawan lama yang cuba memberitahu hubungan Hakimi dan Umairah pada masa lalu. Hakimi bertanya kepada Umairah. Umairah enggan memberikan sebarang jawapan sehingga Hakimi mula menggeledah barang-barang lama Umairah. Umairah bengang dengan tindakan Hakimi dan dia telah bertindak keluar dari rumah apabila Hakimi memaksanya menceritakan hal yang sebenar.

Hakimi rayu Umairah memaafkannya dan memberikan peluang untuk menebus kembali penderitaan yang dialami oleh Umairah. Hakimi juga meminta bantuan Umairah supaya mengingatkan kisah silam mereka dan memulakan hidup baharu dengannya. Umairah terlalu takut untuk berterus terang kerana bimbang Hakimi akan berubah fikiran selepas mengetahui hal yang sebenar. Selepas melihat kesungguhan Hakimi, akhirnya Umairah mengalah dan bersetuju untuk memulakan hidup baharu bersama-sama Hakimi. Selepas 2 bulan, Hakimi gembira apabila Umairah telah mengandung. Bekas teman wanita Hakimi, Qistina (Nina Iskandar) kembali menagih cinta dan berusaha untuk memerangkap Hakimi. Kali ini, hati Umairah dilukai lagi dan dia menjadi pasrah dengan Hakimi yang kembali dengan perangai lama yang suka berpoya-poya. Masih ada peluang buat Hakimi dan Umairah?

Tonton online di www.tonton.com.my

Siaran Jika Itu Takdirku

Episod 1 - 17/2/14
Episod 2 - 18/2/14
Episod 3 - 19/2/14
Episod 4 - 20/2/14
Episod 5 - 24/2/14
Episod 6 - 25/2/14
Episod 7 - 26/2/14
Episod 8 - 27/2/14
Episod 9 - 3/3/14
Episod 10 - 4/3/14
Episod 11 - 5/3/14
Episod 12 - 6/3/14
Episod 13 - 10/3/14
Episod 14 - 11/3/14
Episod 15 - 12/3/14
Episod 16 - 13/3/14
Episod 17 - 17/3/14
Episod 18 - 18/3/14
Episod 19 - 19/3/14
Episod 20 - 20/3/14
Episod 21 - 24/3/14
Episod 22 - 25/3/14
Episod 23 - 31/3/14
Episod 24 Akhir Jika Itu Takdirku
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar