Aku Isterinya, Akasia TV3 (2014)

aku isterinya img

Drama Aku Isterinya / Aku Istrinya adaptasi dari novel Aku Bukan Mistress ini bersiaran di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam. Arahan Fairuz Loy, terbitan GLOBAL STATION, pelakon Mikail - Izzue Islam, Mya Arlissa - Anzalna Nasir, Adam - Syazwan Zulkifli, Lisa - Elizad Sharifuddin, Datuk Luthfi - Eizlan Yusof, Datin Adiba - Marissa Jasmin, Mardiana Alwi.

Sinopsis, Mya Arlissa terperangkap dengan permainan dunia yang kejam. Dia tercampak ke dunia yang kelam dan gelap tanpa kerelaan hatinya. Tangan yang disangka boleh memimpinnya ke arah yang lebih lurus, rupanya tidak berbeza seperti lelaki lain yang hidup berajakan nafsu. Dirinya tergadai kepada Mikail, lelaki tampan yang kaya-raya dan menjadi buruan ramai wanita.

Dua tahun menghamba diri di dalam penjara yang dibina oleh Mikail dengan bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yang kejam, Shamil yang menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yang sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dalam resah ada debar, dalam benci ada rindu, dalam marah ada tenang. Mikail mendera hati dan perasaannya.

Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorang perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tetapi hati mengikat janji secara sembunyi.

Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impian? Dan… cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yang sama?

Lagu tema, Pelangi - 6ixth Sense, Pelarian - Sakura Band ft Adi, Kau Yang Satu - Snapshot, Akhiri Penantianku - Alif Sattar.

Siaran Aku Isterinya
Episod 1 - 2/4/14
Episod 2 - 3/4/14
Episod 3 - 7/4/14
Episod 4 - 8/4/14
Episod 5 - 9/4/14
Episod 6 - 10/4/14
Episod 7 - 14/4/14
Episod 8 - 15/4/14
Episod 9 - 16/4/14
Episod 10 - 17/4/14
Episod 11 - 21/4/14
Episod 12 - 22/4/14
Episod 13 - 23/4/14
Episod 14 - 24/4/14
Episod 15 - 28/4/14
Episod 16 - 29/4/14
Episod 17 - 30/4/14
Episod 18 - 1/5/14
Episod 19 - 5/5/14
Episod 20 - 6/5/14
Episod 21 - 7/5/14
Episod 22 - 8/5/14
Episod 23 - 12/5/14
Episod 24 - 13/5/14
Episod 25 - 14/5/14
Episod 26 - 15/5/14
Episod 27 - 19/5/14
Episod 28 - 20/5/14


Google: aku isterinya (slot akasia), aku isterinya anzalna, aku isterinya novel, aku isterinya facebook
Thanks guys :
 
Support Malaysia Free TV : RTM TV1, TV2 | Media Prima TV3, TV9, NTV7, 8TV, Tonton | TV AlHijrah
2010-2014 #KepalaBergetar